Istana Seri Kinabalu lafaz IBR bersama SPRM Sabah

KOTA KINABALU – Istana Seri Kinabalu mengadakan sesi ‘Lafaz dan Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR)’ membabitkan 30 pegawai dan kakitangan Istana yang diadakan di Dewan Utama, Istana Seri Kinabalu, di sini pada Jumaat.

Sesi lafaz ikrar telah diketuai oleh Setiausaha Sulit kepada Yang Dipertua Negeri Sabah, Izarudin Jalaludin, disaksikan oleh Pengarah SPRM Sabah, Datuk Fuad Bee Basrah.

Izarudin dalam ucapan aluannya merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada SPRM Sabah atas kerjasama dan komitmen yang diberikan dalam menjayakan program ini.

Beliau turut mengingatkan pegawai dan kakitangannya bahawa rasuah berlaku dalam pelbagai bentuk termasuk salah guna kuasa dan penyelewengan.

“Integriti adalah kunci untuk mengelakkan diri daripada terpalit dengan rasuah, maka sentiasalah menjadikan integriti sebagai amalan dan pedoman,” katanya.

Turut hadir Timbalan Pengarah (Operasi) SPRM Sabah, Syamsul Osman; Timbalan Pengarah (Pencegahan) SPRM Sabah, Alexander S. Kunghi; Ketua Cawangan Pendidikan Masyarakat (PenMas) SPRM Sabah, Maysara Mohammad dan Pengawai PenMas SPRM Sabah, Jasni Gayung.


Related Posts

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

MIRI – Kesemua lima mangsa yang menaiki sebuah helikopter sewa khas bagi Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) disahkan maut selepas pesawat berkenaan terhempas di hujung landasan STOLport Long Lellang pada petang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

KUALA PERLIS – Lapan pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar ditinggalkan di dalam sebuah sampan selepas dua lelaki dipercayai tekong dan awak-awak terjun ke kawasan berlumpur sebelum melarikan diri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar