GSF dijangka masuk Zon Merah malam ini – Fahmi

PUTRAJAYA – Misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) dijangka memasuki Zon Merah R3 pada jam 9 malam ini waktu Malaysia, sekali gus menghampiri kawasan berisiko tinggi berhampiran Gaza.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, perkara itu disahkan oleh Sumud Nusantara Command Centre (SNCC) melalui laporan rasmi yang diterimanya pagi tadi.

“Saya baru menerima laporan daripada Ketua Pengarah SNCC, Datuk Sani Araby Abdul Alim, yang mengesahkan pada jam 8.45 pagi waktu Malaysia berlaku cubaan sebuah kapal, dipercayai milik rejim Zionis Israel, menghampiri flotila yang kini masih berada di perairan antarabangsa.

“Bagaimanapun, bot-bot dalam Global Sumud Flotilla dijangka memasuki Zon Merah dalam tempoh beberapa jam dari sekarang,” katanya pada sidang media mingguan di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Fahmi berkata, pemantauan terkini turut merekodkan kehadiran lebih 10 unit dron di ruang udara kawasan berkenaan.

“Walaupun keadaan ini agak membimbangkan, setakat ini belum berlaku sebarang pintasan fizikal terhadap bot-bot flotila.

“Semua delegasi berada dalam keadaan berjaga-jaga termasuk membuat persediaan sekiranya dipintas atau terputus hubungan. Beberapa prosedur juga telah dimaklumkan dan akan diikuti,” katanya.

Beliau menjelaskan, siaran langsung menerusi kamera litar tertutup (CCTV) di atas kapal turut dipancarkan untuk tontonan dunia, sekali gus membolehkan masyarakat antarabangsa mengikuti secara langsung perkembangan misi berkenaan.

“Kerajaan Malaysia menyeru rakyat agar terus mendoakan keselamatan para peserta serta kejayaan misi flotila ini yang digerakkan bagi membawa bantuan kemanusiaan kepada penduduk Gaza,” katanya.

Tambahnya, misi GSF bukan sahaja bertujuan menghantar bantuan, malah memainkan peranan penting dalam membina naratif perdamaian di Gaza selain mengetengahkan solidariti masyarakat antarabangsa terhadap penderitaan rakyat Palestin.

Flotila antarabangsa itu kini berada dalam fasa ketiga, dengan penyertaan lebih ramai aktivis kemanusiaan termasuk dari Malaysia, bersama pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi menyalurkan bantuan terus ke Gaza.

Related Posts

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

SHAH ALAM – Tiada parti politik yang meletakkan agenda menggulingkan Raja sebagai sebahagian daripada manifesto ketika meminta mandat rakyat pada pilihan raya negeri (PRN). Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan laporan awal berkaitan pengurusan dan tatakelola Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) akan didedahkan kepada umum minggu depan. Anwar berkata, pendedahan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik