Sistem kawalan subsidi RON95 berjalan lancar di Sarawak

KUCHING – Pelaksanaan Sistem Kawalan Petrol Bersubsidi (SKPS) di Sarawak berjalan lancar tanpa sebarang aduan setakat ini sekali gus membuktikan keberkesanan usaha Kerajaan MADANI dalam memastikan subsidi sampai kepada golongan yang layak.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) Sarawak, Matthew Dominic Brian berkata, pihaknya telah melakukan pemantauan di seluruh stesen minyak di negeri ini sejak hari pertama pelaksanaan, dan hasilnya sistem berjalan dengan baik.

“Setakat ini tiada aduan diterima. Pemantauan dilakukan secara menyeluruh di semua stesen minyak di Sarawak bagi memastikan SKPS dapat dilaksanakan dengan tertib dan memanfaatkan rakyat,” katanya ketika ditemui oleh wartawan The Malaysia Press di stesen minyak, Petrajaya, Kuching pada Selasa.

Beliau menjelaskan pasukan penguat kuasa KPDN turut digerakkan ke setiap lokasi bagi memantau keberkesanan sistem.

“Kita juga menyediakan peti aduan KPDN di setiap stesen minyak untuk memudahkan orang ramai menyalurkan maklum balas. 

“Usaha ini penting supaya kita dapat bertindak segera sekiranya terdapat sebarang isu,” ujarnya .

Selain itu, beliau turut mengingatkan agar semua pengusaha stesen minyak mematuhi garis panduan yang ditetapkan.

Related Posts

Pahang perkukuh industri perikanan, industri hiliran

KUANTAN – Pahang memperkukuh rantaian industri perikanan negeri dengan memberi tumpuan kepada teknologi pemprosesan, penyimpanan dan pembangunan produk hiliran berasaskan hasil laut. Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Malaysia bersama 127 negara desak kuasa veto PBB dimansuhkan

NEW YORK – Kuasa lima negara pemegang veto Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) digesa dimansuhkan, susulan kegagalan badan itu menangani beberapa krisis antarabangsa. Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pahang perkukuh industri perikanan, industri hiliran

Pahang perkukuh industri perikanan, industri hiliran

Malaysia bersama 127 negara desak kuasa veto PBB dimansuhkan

Malaysia bersama 127 negara desak kuasa veto PBB dimansuhkan

Insiden Mengalum: KePKAS semak pematuhan pengendali, aspek keselamatan

  • By Ezmie
  • September 27, 2026
Insiden Mengalum: KePKAS semak pematuhan pengendali, aspek keselamatan

Empat lelaki maut, lima kenderaan terbabit kemalangan di Jalan Sepanggar

  • By Ezmie
  • September 27, 2026
Empat lelaki maut, lima kenderaan terbabit kemalangan di Jalan Sepanggar

Jangan terpedaya akaun palsu tawar pendaftaran STR – Fahmi

Jangan terpedaya akaun palsu tawar pendaftaran STR – Fahmi

Gerakan Islam mesti berteraskan ilmu, akhlak – Anwar

Gerakan Islam mesti berteraskan ilmu, akhlak – Anwar