Hamid Ismail antara 3 Pesuruhjaya Kehakiman baharu dilantik berkuat kuasa 30 Sept

KOTA KINABALU – Bekas peguam ibu kepada arwah Zara Qairina, Hamid Ismail mengangkat sumpah sebagai Pesuruhjaya Kehakiman dalam satu majlis di Mahkamah Kota Kinabalu di sini pada Selasa.

Turut mengangkat sumpah ialah Steve Ritikos dan Ratanah Devi Yusuf Perumal, dengan kesemua mereka menerima surat cara pelantikan serta mengikrarkan sumpah jawatan dan taat setia di hadapan Ketua Hakim Negara, Datuk Seri Utama Wan Ahmad Farid Wan Salleh.

Majlis berkenaan turut disaksikan Presiden Mahkamah Rayuan, Datuk Abu Bakar Jais; Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk Azizah Nawawi dan Hakim Besar Malaya, Tan Sri Hasnah Mohammed Hashim.

Pelantikan mereka berkuat kuasa 30 September ini.

Hamid, 49, lulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, memulakan kerjaya guaman pada 2001 dan menubuhkan firma Tetuan Hamid & Co pada 2004.

Sementara itu, Steve Ritikos, 60, dari Sarawak, memiliki Diploma dan Diploma Lanjutan Undang-Undang dari UiTM Shah Alam dan pernah berkhidmat sebagai Majistret Mahkamah Persekutuan Kuala Lumpur pada 1991, dengan jawatan terakhirnya sebagai Pengarah Mahkamah Negeri Sarawak/Hakim Mahkamah Sesyen Kuching.

Ratanah Devi, 50, turut berasal dari Sarawak dan berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang serta Ijazah Sarjana Pengadilan Jenayah dari Universiti Malaya.

Beliau memulakan kerjaya sebagai peguam bela dan peguam cara Mahkamah Tinggi Sabah & Sarawak pada 2001 serta mengasaskan firma Tetuan Ratanah Devi Advocates sejak 2018.

Related Posts

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

KERALAM (INDIA) – Pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Mufti Besar India, Sheikh Abubakr Ahmad dijadual berlangsung di Keralam (sebelum ini dikenali sebagai Kerala) esok, dalam rangka lawatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

KOTA KINABALU – Program Kampung (Kg) Siaga 221 yang dilaksanakan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) penting dalam meningkatkan kesedaran dan kesiapsiagaan komuniti kampung menghadapi kemungkinan berlakunya bencana. Menteri di Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan