Malaysia akan kemuka bantahan keras jika misi GSF diusik – PM Anwar

KERAJAAN tidak akan berdiam diri sekiranya misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) diganggu, sebaliknya akan mengemukakan bantahan keras dan menghubungi negara-negara rakan untuk mempertahankannya, tegas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau turut memberi jaminan bahawa kerajaan akan membantu serta memastikan kebajikan ahli keluarga 34 rakyat Malaysia yang menyertai misi berkenaan terus terbela.

“Kita akan memulakan bantahan keras secara menyeluruh dan saya akan berusaha menghubungi semua rakan-rakan termasuk negara yang telah mengemukakan usul baharu ini, selain yang penting Itali, Sepanyol, dan Turki yang berada di hadapan.

“Kita juga menerima dukungan daripada China, manakala Perancis dan Arab Saudi turut kita hubungi kerana mereka mahu mengusulkan perdamaian,” katanya pada sidang media khas di Pusat Gerakan Sumud Nusantara, di Sepang, hari ini.

Terdahulu, Perdana Menteri meninjau Pusat Gerakan Sumud Nusantara dan menerima taklimat perkembangan misi GSF daripada Ketua Pengarah Sumud Nusantara Command Center (SNCC), Datuk Sani Araby Abdul Alim Araby.

Anwar turut menyifatkan keberanian serta kekuatan 34 rakyat Malaysia yang berada dalam flotila tersebut sebagai sesuatu yang luar biasa dan bakal tercatat sebagai sejarah besar dalam usaha menegakkan keadilan serta membela nasib rakyat Palestin.

Ujarnya, penyertaan delegasi Malaysia itu memberi mesej jelas bahawa solidariti terhadap Palestin bukan sahaja dizahirkan di medan diplomasi, malah turut diperkukuh melalui pengorbanan di lapangan.

Related Posts

Peranan ejen Tan Sri, Datuk beli aset pertahanan dihentikan – PMX

PORT DICKSON – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan berjaya mengurangkan kos pembelian Kapal Misi Pesisir (LMS) sebanyak 15 peratus menerusi rundingan secara terus antara kerajaan Malaysia dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hari Pahlawan terima peruntukan tambahan RM2 juta

PORT DICKSON – Kerajaan MADANI meluluskan peruntukan tambahan sebanyak RM2 juta sempena sambutan Hari Pahlawan tahun ini sebagai menghargai pengorbanan serta jasa veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mempertahankan kedaulatan negara,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Klopp rasmi pengendali baharu Jerman

Klopp rasmi pengendali baharu Jerman

JPN Selangor janji tindakan tegas susulan kes pelajar dipukul di Seri Kembangan

JPN Selangor janji tindakan tegas susulan kes pelajar dipukul di Seri Kembangan

Peranan ejen Tan Sri, Datuk beli aset pertahanan dihentikan – PMX

Peranan ejen Tan Sri, Datuk beli aset pertahanan dihentikan – PMX

Sarawak komited perkasa industri pelancongan di Bario

Sarawak komited perkasa industri pelancongan di Bario

Hari Pahlawan terima peruntukan tambahan RM2 juta

Hari Pahlawan terima peruntukan tambahan RM2 juta

Program KAWAN JKOM perkukuh penyampaian maklumat kerajaan kepada masyarakat luar bandar

Program KAWAN JKOM perkukuh penyampaian maklumat kerajaan kepada masyarakat luar bandar