Rumah dua tingkat musnah dijilat api di Kampung Lichok

SARIKEI – Sebuah rumah dua tingkat tidak kekal di Kampung Lichok, Jalan Roban-Sarikei musnah terbakar dalam kejadian yang berlaku pada Ahad petang.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.33 petang sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei bergegas ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, kebakaran melibatkan sebuah rumah berukuran kira-kira 20×20 kaki persegi yang terbakar 100 peratus. Tiada mangsa dilaporkan terlibat,” katanya dalam kenyataan.

Operasi pemadaman diketuai PBK I Kilok  Lampas bersama tujuh anggota dengan menggunakan satu aliran hos dari tangki jentera. Api berjaya dikawal pada jam 6.12 petang dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 7.30 malam.

Punca kebakaran serta anggaran kerugian masih dalam siasatan.

Related Posts

45 asnaf sekitar Mukah terima sumbangan Saberkas Prihatin

MUKAH – Kebajikan golongan kurang berkemampuan di daerah ini terus terbela apabila 45 individu menerima sumbangan menerusi Program Jelajah Saberkas Prihatin Sarawak Zon Mukah pada Jumaat.  Inisiatif murni bermula seawal…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tender semula BELB RM30 juta, jamin bekalan elektrik stabil – Andi Suryady

KALABAKAN – Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) digesa menyegerakan proses tender semula projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) di Kampung Luasong yang bernilai lebih RM30 juta. Ahli Parlimen Kalabakan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

BN pertaruh manifesto berteraskan sembilan fokus utama

BN pertaruh manifesto berteraskan sembilan fokus utama

Kerjasama BN-PN ibarat Titanic, tunggu masa karam – Hannah Yeoh

Kerjasama BN-PN ibarat Titanic, tunggu masa karam – Hannah Yeoh

45 asnaf sekitar Mukah terima sumbangan Saberkas Prihatin

45 asnaf sekitar Mukah terima sumbangan Saberkas Prihatin

Tender semula BELB RM30 juta, jamin bekalan elektrik stabil – Andi Suryady

Tender semula BELB RM30 juta, jamin bekalan elektrik stabil – Andi Suryady

Kebun buah, rumah stor jadi lokasi simpan senjata RM360,000

Kebun buah, rumah stor jadi lokasi simpan senjata RM360,000

Klopp rasmi pengendali baharu Jerman

Klopp rasmi pengendali baharu Jerman