Kerajaan Pahang terima RM291.76 juta dari S-GLC

KUANTAN – Kerajaan Pahang menerima sumbangan daripada 10 buah syarikat berkaitan kerajaan negeri (S-GLC) dan badan berkanun secara langsung RM229.945 juta dan secara tidak langsung RM61.023 juta.

Sumbangan terkumpul berjumlah RM291.76 juta pada tahun ini, meningkat berbanding sumbangan diterima tahun lalu.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, komitmen kerajaan negeri adalah untuk memastikan setiap sumbangan diterima itu akan dikembalikan semula kepada rakyat dalam pelbagai bentuk bantuan.

“Bantuan pelajar, bantuan kepada jemaah haji, bantuan kepada masjid, pelajar-pelajar, siswa-siswi yang melanjutkan pelajaran.

“Kita akan cuba pastikan supaya tidak ada rakyat Pahang yang tercicir dan ini adalah selaras dengan semangat Pahang 1st,” katanya dalam satu kenyataan.

Wan Rosdy turut mengumumkan Perbadanan Setiausaha Kerajaan (PSK) akan menjadi tuan rumah bagi persidangan tahun hadapan selepas Yayasan Pahang mengambil giliran tahun ini.

Tambah beliau, persidangan itu perlu sentiasa ditambah baik dengan idea-idea baharu dan inovatif agar terus relevan sebagai medan perbincangan hala tuju organisasi negeri.

“Mesti ada pembaharuan yang lebih baik dan ini jelas menunjukkan bahawa inovatif kita, inovatif dan jangan kering dengan idea-idea untuk membuat penambahbaikan.

“Saya sangat yakin bahawa PSK akan membuat banyak perubahan yang lebih baik supaya persidangan S-GLC ini menjadi satu persidangan yang kita rasakan persidangan untuk kita semua,” katanya.

Sebanyak 11 sesi perbincangan diadakan dalam persidangan kali ini yang kesemuanya berpotensi meningkatkan prestasi S-GLC negeri.

Related Posts

Bekalan air merosot, El Nino beri masalah kepada pesawah

ALOR SETAR – Pesawah di Kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) berdepan cabaran berganda apabila kedudukan takungan tiga empangan kini hanya 35.76 peratus, selain kebarangkalian fenomena El Nino meningkat menjelang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
DKU: Tuanku Muhriz kekal Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan

SEREMBAN – Dewan Keadilan dan Undang Negeri Sembilan (DKU) menegaskan kedudukan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan kekal sah, sekali gus menolak keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bekalan air merosot, El Nino beri masalah kepada pesawah

Bekalan air merosot, El Nino beri masalah kepada pesawah

DKU: Tuanku Muhriz kekal Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan

DKU: Tuanku Muhriz kekal Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan

Lelaki maut motosikal bertembung lori rigid

  • By Fatin
  • September 17, 2026
Lelaki maut motosikal bertembung lori rigid

Jetama kutip 1.658 tan sisa marin dalam dua hari

  • By Ezmie
  • September 17, 2026
Jetama kutip 1.658 tan sisa marin dalam dua hari

Rumah strata terbeban masalah lama, Selangor mahu tindakan pantas

Rumah strata terbeban masalah lama, Selangor mahu tindakan pantas

Isu baja lewat, pengarah urusan dibebaskan dengan jaminan SPRM

Isu baja lewat, pengarah urusan dibebaskan dengan jaminan SPRM