Isu baja lewat, pengarah urusan dibebaskan dengan jaminan SPRM

ALOR SETAR – Pengarah urusan syarikat pembekal baja yang direman bagi membantu siasatan isu kelewatan pengagihan baja sebatian tambahan (Baja 3) dibebaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Suspek lelaki berusia lingkungan 30-an itu telah direman selama empat hari sehingga semalam dan dibebaskan sebaik tempoh reman tamat.

Bagaimanapun, suspek dikehendaki melaporkan diri di SPRM Kedah pada setiap bulan dan perlu hadir sekiranya dipanggil untuk membantu siasatan.

Pengarah SPRM Kedah, Datuk Nazli Rasyid Sulong ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut.

TMP sebelum ini melaporkan seorang pengarah urusan sebuah syarikat pembekal baja direman empat hari bermula Ahad lalu bagi membantu siasatan berhubung isu kelewatan pengagihan bekalan Baja 3 kepada pesawah di Kedah.

Kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Terdahulu, SPRM Kedah menerima aduan daripada Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (Pesawah) pada 26 Ogos lalu dan satu kertas siasatan telah dibuka.

Ia bagi menyiasat aduan tersebut berhubung kelewatan pembekalan baja yang dilantik Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan untuk memenuhi keperluan kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda berkeluasan 100,000 hektar.

Siasatan berhubung isu tersebut dilakukan SPRM Kedah bagi menyiasat bukan sahaja daripada aspek jenayah, namun termasuk sebarang isu kelemahan tatakelola yang wujud sehingga berlakunya kelewatan tersebut.

Related Posts

EXCO sebulat suara setuju proklamasi penurunan takhta Tuanku Muhriz – Ismail

SEREMBAN – Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim, hari ini mengesahkan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) sudah memutuskan secara sebulat suara proklamasi penurunan takhta Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sebagai…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bekalan air merosot, El Nino beri masalah kepada pesawah

ALOR SETAR – Pesawah di Kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) berdepan cabaran berganda apabila kedudukan takungan tiga empangan kini hanya 35.76 peratus, selain kebarangkalian fenomena El Nino meningkat menjelang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

EXCO sebulat suara setuju proklamasi penurunan takhta Tuanku Muhriz – Ismail

EXCO sebulat suara setuju proklamasi penurunan takhta Tuanku Muhriz –  Ismail

Bekalan air merosot, El Nino beri masalah kepada pesawah

Bekalan air merosot, El Nino beri masalah kepada pesawah

DKU: Tuanku Muhriz kekal Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan

DKU: Tuanku Muhriz kekal Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan

Lelaki maut motosikal bertembung lori rigid

  • By Fatin
  • September 17, 2026
Lelaki maut motosikal bertembung lori rigid

Jetama kutip 1.658 tan sisa marin dalam dua hari

  • By Ezmie
  • September 17, 2026
Jetama kutip 1.658 tan sisa marin dalam dua hari

Rumah strata terbeban masalah lama, Selangor mahu tindakan pantas

Rumah strata terbeban masalah lama, Selangor mahu tindakan pantas