Karnival kesihatan dekati komuniti orang asli

KEMAMAN – Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) terus komited meningkatkan kualiti kesihatan komuniti orang asli di negeri ini melalui pelbagai program berterusan.

Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Datuk Dr Kasemani Embong berkata, usaha itu termasuk penganjuran perkhidmatan klinik bergerak, saringan kesihatan berkala dan lawatan ke perkampungan orang asli bagi memastikan akses perkhidmatan kesihatan berkualiti dapat disampaikan secara menyeluruh.

“Program ini diharap dapat membantu meningkatkan taraf kesihatan komuniti orang asli, di samping mengawal kadar penyakit berjangkit dan penyakit tidak berjangkit,” katanya ketika merasmikan Karnival Kesihatan Orang Asli peringkat negeri di Kampung Orang Asli Sungai Pergam, Kemaman pada Sabtu.

Karnival kali ini menampilkan pelbagai pengisian termasuk pertandingan mewarna, perkhidmatan klinik pergigian bergerak, ikon kesihatan orang asli serta anugerah Rumah Bersih Bebas Denggi.

Turut serta, Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) Kemaman yang menyampaikan taklimat mengenai pelaksanaan subsidi RON95 (BUDI95) oleh Pegawai Penerangan JKOM Kemaman, Ahmad Nadhir Yob.

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) turut membuka reruai bersama MyDigital ID untuk memberi taklimat berkaitan internet selamat dan pendaftaran MyDigital ID.

Untuk rekod, Kampung Orang Asli Sungai Pergam merupakan satu daripada tiga perkampungan orang asli di Terengganu selain Sungai Berua di Hulu Terengganu dan Sungai Sayap di Besut.

Related Posts

45 asnaf sekitar Mukah terima sumbangan Saberkas Prihatin

MUKAH – Kebajikan golongan kurang berkemampuan di daerah ini terus terbela apabila 45 individu menerima sumbangan menerusi Program Jelajah Saberkas Prihatin Sarawak Zon Mukah pada Jumaat.  Inisiatif murni bermula seawal…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tender semula BELB RM30 juta, jamin bekalan elektrik stabil – Andi Suryady

KALABAKAN – Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) digesa menyegerakan proses tender semula projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) di Kampung Luasong yang bernilai lebih RM30 juta. Ahli Parlimen Kalabakan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

BN pertaruh manifesto berteraskan sembilan fokus utama

BN pertaruh manifesto berteraskan sembilan fokus utama

Kerjasama BN-PN ibarat Titanic, tunggu masa karam – Hannah Yeoh

Kerjasama BN-PN ibarat Titanic, tunggu masa karam – Hannah Yeoh

45 asnaf sekitar Mukah terima sumbangan Saberkas Prihatin

45 asnaf sekitar Mukah terima sumbangan Saberkas Prihatin

Tender semula BELB RM30 juta, jamin bekalan elektrik stabil – Andi Suryady

Tender semula BELB RM30 juta, jamin bekalan elektrik stabil – Andi Suryady

Kebun buah, rumah stor jadi lokasi simpan senjata RM360,000

Kebun buah, rumah stor jadi lokasi simpan senjata RM360,000

Klopp rasmi pengendali baharu Jerman

Klopp rasmi pengendali baharu Jerman