Warga emas hilang ke laut selepas upacara sembahyang

LUMUT – Seorang lelaki warga emas dilaporkan hilang selepas dipercayai masuk ke laut sejurus selesai melakukan upacara sembahyang di tepi Pantai Teluk Batik, di sini pagi Jumaat.

Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Shazlean Mohd Hanafiah berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 6.28 pagi.

“Setibanya pasukan penyelamat di lokasi, keluarga mangsa memaklumkan mereka sedang bercuti dan menjalankan upacara sembahyang di tepi pantai sebelum mangsa berusia 60 tahun itu masuk ke laut dan hilang daripada pandangan.

“Ketika itu air laut sedang pasang,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Manjung telah mengaktifkan Pusat Kawalan Bomba (PKB) bagi menyelaras operasi mencari dan menyelamat (SAR).

“Operasi pencarian dijalankan menggunakan tiga bot melibatkan BBP Seri Manjung, Pulau Pangkor serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dengan tumpuan sekitar satu kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.

“Selain itu, pasukan turut melakukan pencarian di kawasan pesisir pantai dan berbatu terutama ketika air surut,” jelasnya.

Katanya, operasi SAR masih diteruskan sehingga mangsa ditemui.

Related Posts

SADA laksana lawatan penanda aras Program Sarawakku Sayang Bahagian Sarikei

SARIKEI – Agensi Pembangunan Sri Aman (SADA) telah melaksanakan lawatan penanda aras sempena Program Sarawakku Sayang Bahagian Sarikei (SKS) yang berlangsung dari 7 hingga 9 Ogos lepas sebagai persediaan bagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Maritim tahan bot bawa lapan penumpang ke Langkawi tanpa kebenaran

KUALA PERLIS – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menahan sebuah bot fiber yang membawa lapan penumpang ke Pulau Langkawi tanpa kebenaran di perairan Kuala Perlis, lewat petang semalam. Pengarah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

SPR sahkan tiada PRK Parlimen Subang

SPR sahkan tiada PRK Parlimen Subang

SADA laksana lawatan penanda aras Program Sarawakku Sayang Bahagian Sarikei

SADA laksana lawatan penanda aras Program Sarawakku Sayang Bahagian Sarikei

RCI baharu perlu ditubuh siasat pengurusan, operasi Tabung Haji antara 2021-2025

RCI baharu perlu ditubuh siasat pengurusan, operasi Tabung Haji antara 2021-2025

Penangguhan RCI beri peluang TH laksana syor dicadang, pulihkan organisasi

Penangguhan RCI beri peluang TH laksana syor dicadang, pulihkan organisasi

Kerugian hampir RM13 bilion Tabung Haji ditanggung bersama

Kerugian hampir RM13 bilion Tabung Haji ditanggung bersama

RCI Tabung Haji: Tujuh pelaburan catat kerugian, Al-Rawda tertinggi

RCI Tabung Haji: Tujuh pelaburan catat kerugian, Al-Rawda tertinggi