Kementerian Komunikasi teliti gangguan elektrik jejas menara telekomunikasi di Sabah

KOTA KINABALU – Kementerian Komunikasi meneliti masalah gangguan bekalan elektrik yang menjejaskan menara telekomunikasi di Sabah ketika  berlaku bencana.

Menurut Menterinya, Datuk Fahmi Fadzil, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) diminta meneliti data gangguan bekalan elektrik sepanjang dua tahun lalu bagi mengenal pasti trend gangguan rangkaian atau ‘network outage’. 

“Saya sedang nantikan maklumat terperinci dari pihak MCMC mengenai jumlah menara kita bukan sekadar nak lihat kepada menara yang terkesan akibat dari monsun timur laut. 

“Berdasarkan maklumat itu, menara yang paling kerap terkesan akan dilengkapkan dengan sokongan seperti genset, solar, bateri dan usaha lain.

“Terdapat beberapa Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) yang terkesan akibat banjir dan tanah runtuh dan  mengalami gangguan bekalan elektrik.

“Justeru, kawasan-kawasan berisiko seperti ini akan diberikan keutamaan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa sidang media  Program Bantuan Pasca Banjir: Ihsan Komuniti MADANI di Kompleks Bersepadu Kementerian Komunikasi, pada Jumaat.

Katanya lagi, dalam beberapa bulan akan datang usaha penyelesaian itu dijangka dapat digerakkan di beberapa lokasi menara yang terpilih.

Dalam pada itu, katanya pihak MCMC memaklumkan sebanyak 11 menara telah dikenal pasti semasa monsun timur laut. 

“11 menara itu kebanyakannya terletak di bahagian barat Sabah, termasuk sekitar Kota Kinabalu, Penampang dan beberapa kawasan lain.

“Untuk itu kerja-kerja ‘site hardening’ termasuk menaik taraf struktur bagi mengelakkan gangguan bekalan elektrik ketika berlaku bencana.

“Selain faktor banjir dan tanah runtuh, tumpuan juga akan diberikan kepada menara yang sering terkesan akibat gangguan bekalan elektrik berulang,” ujarnya.

Related Posts

RCI TH tepat pada masanya, bukan ‘gula-gula politik’ PRN Negeri Sembilan

KUALA PILAH – Dakwaan langkah kerajaan mendedahkan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Lembaga Tabung Haji (TH) bertujuan meraih sokongan pengundi sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, tidak dipersetujui…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM50,000 diperuntuk bagi kelas tuisyen dan gajet percuma pelajar Mukah

RM50,000 diperuntuk bagi kelas tuisyen dan gajet percuma pelajar Mukah

Selangor catat rekod tanpa gangguan air berskala besar selepas SJAM beroperasi

Selangor catat rekod tanpa gangguan air berskala besar selepas SJAM beroperasi

Polis tidak terima laporan rumah Orang Asli dibakar

Polis tidak terima laporan rumah Orang Asli dibakar

Enam maut kemalangan kereta, lori satu tan

Enam maut kemalangan kereta, lori satu tan

Rakyat berilah undi pada PH demi kestabilan, pembangunan Negeri Sembilan

Rakyat berilah undi pada PH demi kestabilan, pembangunan Negeri Sembilan

Jawapan buat Asraf Wajdi, peruntukan negeri jelas MB Negeri Sembilan mestilah Melayu Islam

Jawapan buat Asraf Wajdi, peruntukan negeri jelas MB Negeri Sembilan mestilah Melayu Islam