Mohamad Zainal terajui kepemimpinan PDRM Sarawak

KUCHING – Kepemimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sarawak kini diterajui wajah baharu apabila Datuk Mohamad Zainal Abdullah dilantik sebagai Pesuruhjaya Polis Sarawak bagi menggantikan Datuk Mancha Ata yang menamatkan perkhidmatan selepas hampir empat dekad berkhidmat.

Majlis serah terima tugas berlangsung penuh istiadat di Mes Pegawai Kanan, Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Polis Sarawak, hari ini. Upacara berkenaan turut disaksikan Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ibrahim Darus.

Dalam majlis tersebut, Mancha menyerahkan nota serah tugas dan Tongkat Kuasa sebagai simbol rasmi penyerahan kepemimpinan kepada Mohamad Zainal yang juga anak jati Lawas.

Mengimbau pengalamannya, Mancha berkata, sepanjang tempoh mengetuai PDRM Sarawak, pelbagai cabaran ditempuhi termasuk usaha mengekang jenayah rentas sempadan serta memperkukuh kerjasama dengan masyarakat setempat.

“Semua langkah diambil demi menjaga kesejahteraan rakyat dan mempertahankan kedaulatan negara. Saya yakin kepemimpinan baharu ini mampu membawa PDRM Sarawak ke tahap lebih tinggi,” katanya.

Beliau turut menitipkan pesanan agar warga PDRM terus berkhidmat dengan penuh dedikasi, mengekalkan integriti serta mengutamakan semangat kebersamaan dalam pasukan.

Pada majlis sama, turut diadakan penyerahan jawatan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Sarawak daripada Datin Jennita William kepada Datin Dr. Nitce Isa Medina Machmudi Isa, disaksikan Pengerusi PERKEP Cawangan Khas Bukit Aman, Datin Zanilatun Kamariah Zakaria.

Pelantikan Mohamad Zainal diyakini mampu mengukuhkan lagi kepercayaan masyarakat terhadap pasukan keselamatan, seiring hasrat PDRM menjadi benteng utama menjaga keamanan negeri.

Related Posts

Ops Dadah: 9,554 ditangkap, RM50 juta disita bagi tempoh 7 bulan

KUCHING – Tindakan agresif agensi penguatkuasaan di Sarawak membuahkan hasil apabila 9,554 individu ditahan manakala pelbagai jenis dadah bernilai RM50.1 juta dirampas dalam tempoh tujuh bulan pertama tahun ini. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
SMK Sungai Soi tuan rumah STEM Camp

KUANTAN – Pelajar sekitar Kuantan berpeluang mendalami dunia sains dan teknologi apabila Program STEM Camp – Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Soi pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ops Dadah: 9,554 ditangkap, RM50 juta disita bagi tempoh 7 bulan

Ops Dadah: 9,554 ditangkap, RM50 juta disita bagi tempoh 7 bulan

SMK Sungai Soi tuan rumah STEM Camp

SMK Sungai Soi tuan rumah STEM Camp

DAP jadi lemah jika keluar dari Kabinet Kerajaan MADANI

DAP jadi lemah jika keluar dari Kabinet Kerajaan MADANI

Cuti Nurul Izzah sebagai timbalan presiden PKR tiada had masa

Cuti Nurul Izzah sebagai timbalan presiden PKR tiada had masa

Lelaki ditahan curi tujuh batang kayu engkabang di Kabong

Lelaki ditahan curi tujuh batang kayu engkabang di Kabong

KKR peruntuk RM80 juta baik pulih lokasi kerap kemalangan Jalan Persekutuan tahun ini

KKR peruntuk RM80 juta baik pulih lokasi kerap kemalangan Jalan Persekutuan tahun ini