Nelayan, pekebun tiada lesen boleh mohon rayuan subsidi RON95

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan akan meneliti dan mempertimbangkan rayuan golongan nelayan, pekebun, pemilik perahu serta bot yang menggunakan petrol RON95.

Beliau yang juga Menteri Kewangan menegaskan, perkara terbabit bagi memastikan mereka turut mendapat manfaat daripada program BUDI MADANI RON95 (BUDI95).

Jelasnya, kerajaan menyedari wujud kes tertentu seperti di Sabah, Sarawak dan Kelantan, yang mana nelayan kecil atau pemilik perahu menggunakan petrol RON95 walaupun tiada lesen memandu di bawah nama mereka.

“Nelayan dan pekebun memang ada elaun khas, selain bantuan diesel tetapi jika ada yang benar-benar menggunakan RON95 untuk perahu atau bot, mereka boleh kemukakan rayuan.

“Saya jamin kerajaan akan bantu mana yang layak. Hal ini tidak membabitkan jumlah yang besar, jadi kita boleh pertimbangkan,” katanya ketika menyampaikan amanat pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan, pada Jumaat.

Turut hadir sama, Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Johan Mahmood Merican.

Dalam pada itu, Anwar menegaskan, pertimbangan itu juga membabitkan kepada mereka yang memiliki atau menggunakan set generator serta mesin rumput.

Perdana Menteri menegaskan, program BUDI95 diperkenalkan demi kepentingan puluhan juta rakyat, justeru jangan terpengaruh dengan pihak yang cuba memburukkan pelaksanaannya.

“Mesin potong rumput, set generator, kalau guna RON95 kita masih boleh bantu lagi.

“Kalau benar guna RON95, kita akan bantu. Tapi jangan ikut naratif pembenci yang mahu gagalkan usaha ini. Apa yang penting ialah faedah besar untuk rakyat,” katanya.

Terdahulu, Perdana Menteri pada Isnin lalu mengumumkan pelaksanaan petrol RON95 pada harga RM1.99 seliter berbanding RM2.05 seliter bermula 30 September ini bagi rakyat tempatan tanpa mengambil kira tahap pendapatan.

Untuk layak inisiatif BUDI95 ialah seseorang hendaklah rakyat Malaysia berumur 16 tahun ke atas dan ada lesen memandu sah.

Pelaksanaan inisiatif itu dibuat di bawah program BUDI95, sementara bagi bukan warga negara pula, harga RON95 adalah pada RM2.60 bermula tarikh yang sama.

Melalui BUDI95, semua rakyat Malaysia layak menikmati harga bersubsidi sehingga 300 liter sebulan, manakala pemandu e-hailing diberi kelayakan tambahan bagi memastikan kelangsungan pekerjaan.

Dengan pemansuhan subsidi pukal, Kerajaan MADANI mengunjurkan BUDI95 akan menjana penjimatan antara RM2.5 bilion dan RM4 bilion setahun.

Penjimatan itu akan digunakan untuk memperluas bantuan bersasar yang memberi manfaat terus kepada rakyat, termasuk Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA).

Related Posts

Kerajaan pertimbang kembalikan status Langkawi pulau bebas cukai – PM Anwar

ALOR SETAR – Kerajaan Persekutuan sedia mempertimbang cadangan mengembalikan keistimewaan status bebas cukai Langkawi bagi membantu merancakkan aktiviti perniagaan di pulau peranginan itu. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kes seleweng KLVC: Dua bekas pengurusan tertinggi FELDA dituduh minggu depan

PUTRAJAYA – Dua bekas pengurusan tertinggi FELDA yang disiasat berkait penyelewengan projek Kuala Lumpur Vertical City (KLVC) akan didakwa di mahkamah minggu hadapan. Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan pertimbang kembalikan status Langkawi pulau bebas cukai – PM Anwar

Kerajaan pertimbang kembalikan status Langkawi pulau bebas cukai – PM Anwar

Kes seleweng KLVC: Dua bekas pengurusan tertinggi FELDA dituduh minggu depan

Kes seleweng KLVC: Dua bekas pengurusan tertinggi FELDA dituduh minggu depan

Kerajaan tambah peruntukan usahawan kecil dalam Belanjawan 2027

Kerajaan tambah peruntukan usahawan kecil dalam Belanjawan 2027

Saravanan, keluarga diminta isytihar harta – SPRM

Saravanan, keluarga diminta isytihar harta – SPRM

10 Exco Negeri Sembilan hilang dari portal rasmi kerajaan negeri

10 Exco Negeri Sembilan hilang dari portal rasmi kerajaan negeri

Siasatan baja lewat edar di Kedah selesai, 2 dijangka didakwa – SPRM

Siasatan baja lewat edar di Kedah selesai, 2 dijangka didakwa – SPRM