Kementerian Komunikasi tambah PRIME di Sarawak tahun depan

KOTA KINABALU – Kementerian Komunikasi akan menambah sebuah lagi kenderaan Sistem Komunikasi Radio dan Internet Bersepadu Bergerak (PRIME) di Sarawak pada tahun depan bagi memperkukuh kesiapsiagaan komunikasi ketika bencana.

Menterinya, Datuk Fahmi Fadzil berkata, PRIME berfungsi menyediakan akses internet dan saluran komunikasi alternatif untuk digunakan petugas keselamatan serta pasukan penyelamat di lapangan.

“Unit PRIME yang seterusnya kita akan usahakan untuk Sarawak tahun depan.

“Asas fungsinya ialah digerakkan ketika bencana berlaku sebagai tindakan segera bagi membantu kesalinghubungan, sama ada internet atau komunikasi alternatif yang boleh dimanfaatkan petugas keselamatan dan penyelamat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Program Bantuan Pasca Banjir: Ihsan Komuniti MADANI di Kompleks Bersepadu Kementerian Komunikasi, di sini, Jumaat.

Katanya, penambahan unit PRIME penting bagi memastikan sokongan komunikasi kecemasan dapat dilaksanakan dengan pantas dan berkesan, khususnya di kawasan terpencil.

Related Posts

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

KERALAM (INDIA) – Pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Mufti Besar India, Sheikh Abubakr Ahmad dijadual berlangsung di Keralam (sebelum ini dikenali sebagai Kerala) esok, dalam rangka lawatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

NEW DELHI – Kerjasama dalam industri semikonduktor menjadi antara tumpuan perbincangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan sejawatannya dari India, Narendra Modi, dalam usaha memperluas perkongsian ekonomi Malaysia-India.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan