Selangor FC atasi Tampines Rovers 4-2

SELANGOR FC kembali menemui sentuhan kemenangan selepas menewaskan wakil Singapura, Tampines Rovers 4-2 dalam aksi Kumpulan A Kejuaraan Kelab ASEAN (ACC) di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, malam tadi.

Kemenangan itu menghidupkan semula semangat skuad kendalian Katsuhito Kinoshi yang berdepan kemarau kemenangan.

Anak buah Kinoshi sebelum ini tewas dua perlawanan berturut-turut, bermula dengan Bangkok United dalam aksi Kumpulan G Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) di Petaling Jaya, 18 September diikuti tunduk 0-1 kepada Kuching City dalam saingan Liga Super (21 September).

Dengan menyenaraikan Faisal Halim selaku kapten, Selangor bermula perlahan sebelum menukar momentum permainan, dengan Tampines kendalian Noh Rahman lebih banyak menguasai tempo pada awal babak pertama.

Skuad Red Giants lebih garang dalam serangan dan membuka tirai jaringan menerusi Faisal yang bijak melepaskan percubaan dari sudut sukar untuk menewaskan penjaga gol lawan, Syazwan Buhari pada minit ke-18.

Selangor menambah derita pasukan pelawat pada minit ke-29 apabila Zach Clough menyempurnakan hantaran silang Chrigor Moraes untuk meletakkan kedudukan 2-0.

Tampines bagaimanapun kembali memberi saingan apabila dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke-41 disempurnakan Koya Kazama, sekali gus merapatkan jurang 2-1 hingga tamat separuh masa pertama.

Bersambung babak kedua, Faisal muncul wira Selangor selepas meledak gol kedua peribadi pada minit ke-51, sebelum Alvin Fortes menambah jaringan keempat menerusi rembatan kencang pada minit ke-58.

Tampines tidak mengaku kalah dan berjaya menjaringkan gol kedua melalui Hide Higashikawa pada minit ke-65.

Dengan kemenangan itu, Selangor FC mengumpul empat mata selepas dua perlawanan, memimpin kumpulan diikuti BG Pathum United (empat mata), Tampines (tiga mata), Cong An Hanoi (tiga mata) dan Buriram United (dua mata).

Skuad kendalian Kinoshi selepas ini bakal bertandang ke Stadium Bishan bagi aksi ACL2 menentang satu lagi wakil Singapura, Lion City Sailors pada 1 Oktober.

Related Posts

Musketeers Football perkukuh ekosistem bola sepak akar umbi melalui inovasi

SANDAKAN – Musketeers Football memperluas pembangunan bola sepak akar umbi menerusi penerokaan produk, teknologi, pendidikan dan peluang kerjaya dalam industri sukan. Presidennya, Hardy Pudar berkata, penyertaan dalam SCENIC Sabah Creatixé…

Lebih lanjut

teruskan membaca
YPM FC juara Liga Rakyat Pahang 1st Piala Al-Sultan Abdullah

YPM FC muncul juara edisi sulung Liga Rakyat Pahang 1st Piala Al-Sultan Abdullah selepas menewaskan Majlis Daerah Raub (MDR) 2-1 pada aksi final di Stadium Darul Makmur, di sini malam…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan