Langkah eKYC bendung kanak-kanak bawah umur di media sosial

PUTRAJAYA – Kerajaan menggesa penyedia platform media sosial melaksanakan pengesahan elektronik Kenali Pelanggan Anda (eKYC) menggunakan dokumen rasmi kerajaan bagi membendung pendaftaran akaun oleh kanak-kanak bawah umur serta memperkukuh keselamatan pengguna.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, pelaksanaan sistem identiti elektronik itu membolehkan pengesahan identiti pengguna dilakukan sepenuhnya, sekali gus menghalang kanak-kanak berusia bawah 13 tahun daripada membuka akaun media sosial sendiri.

“Kadangkala ada kes anak-anak bawah 13 tahun yang memiliki akaun. Kalau mereka menggunakan akaun ibu bapa itu berbeza tapi ini mereka sendiri memiliki akaun.

“Jadi ini tidak dibenarkan. Bagi aplikasi seperti WhatsApp, platform-platform ini sering disalahgunakan oleh penjenayah termasuk untuk pengantunan seksual,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Komunikasi bagi bulan September di sini hari ini.

Menurut Fahmi, setakat ini platform media sosial seperti Facebook, Instagram, WhatsApp, Telegram dan TikTok masih belum mempunyai sistem eKYC yang benar-benar berkesan.

“Justeru, kita meminta mereka melaksanakan proses eKYC dengan menggunakan dokumen rasmi kerajaan termasuk MyKad, pasport atau MyDigital ID.

“Perkara ini telah saya sampaikan dalam pertemuan dengan syarikat platform media sosial,” ujarnya.

Katanya lagi, meskipun penyedia platform mengehadkan pendaftaran pengguna bawah umur 13 tahun, masih terdapat kanak-kanak yang memiliki akaun sendiri, sekali gus mendedahkan mereka kepada pelbagai risiko jenayah dalam talian.

Fahmi berpandangan pelaksanaan eKYC merupakan mekanisme terbaik bagi menangani pendaftaran pengguna media sosial bawah umur.

Related Posts

‎Kerajaan teliti kesan platform e-dagang terhadap peniaga fizikal, syarikat kurier tempatan

KOTA KINABALU – Kerajaan akan mengadakan pertemuan dengan pengendali platform e-dagang dan peniaga tempatan bagi menangani ketidakseimbangan persaingan yang semakin memberi tekanan kepada perniagaan fizikal, khususnya akibat penjualan produk pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MCMC terima aduan kandungan seksual AI babit pelajar, guru

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menerima aduan berhubung penyalahgunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi menghasilkan dan menyebarkan gambar serta video berunsur seksual yang didakwa membabitkan pelajar dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

Fasa dua projek tebatan banjir Kampung Rampayan perlu dipercepat

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
Fasa dua projek tebatan banjir Kampung Rampayan perlu dipercepat

Selangor-Bersatu masih runding kerjasama, muktamad sebelum belanjawan negeri

Selangor-Bersatu masih runding kerjasama, muktamad sebelum belanjawan negeri

IPU lebih 180, semua sekolah dan institusi pendidikan KPM diarahkan tutup mulai esok

IPU lebih 180, semua sekolah dan institusi pendidikan KPM diarahkan tutup mulai esok

‎Kerajaan teliti kesan platform e-dagang terhadap peniaga fizikal, syarikat kurier tempatan

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
‎Kerajaan teliti kesan platform e-dagang terhadap peniaga fizikal, syarikat kurier tempatan