Suhakam, SLS sokong tindakan ‘contempt of court’ terhadap Shafie Apdal

KOTA KINABALU – Peguam, Datuk Ram Singh membuat permohonan tindakan menghina mahkamah (contempt of court) terhadap Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal susulan kenyataan ahli politik itu berhubung kes Zara Qairina Mahathir, yang tular di media sosial baru-baru ini.

Ram, yang mewakili seorang pelajar tertuduh dalam kes buli melibatkan Zara Qairina berkata, permohonan tersebut difailkan oleh pihak peguam termasuk Joan Goh dan turut disokong oleh Sabah Law Society (SLS) serta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam).

Jelasnya, video berkenaan dipercayai mengandungi kenyataan Shafie, yang menyentuh aspek prosiding mahkamah yang tertakluk kepada perintah larangan ‘gag order’.

“Mengenai isu itu, kami telah buat permohonan. Saya sendiri dan Puan Goh telah membuat permohonan kepada mahkamah untuk penghinaan mahkamah, berdasarkan video mereka.

“Jadi, kami mohon kepada mahkamah untuk ‘contempt of court’ dan disokong oleh SLS dan tentunya Suhakam,” katanya ketika ditemui pemberita selepas prosiding pengurusan kes buli melibatkan Zara Qairina, di Mahkamah Kanak-kanak, di sini pada Khamis.

Mengulas lanjut, Ram berkata permohonan untuk tindakan penghinaan mahkamah telah dikemukakan kepada Mahkamah Kanak-kanak dan perkara tersebut kini menunggu maklum balas rasmi daripada Jabatan Peguam Negara (AGC) yang telah mengeluarkan notis tunjuk sebab (show cause) kepada Shafie.

Katanya lagi, tempoh untuk respons terhadap notis tersebut adalah selama tujuh hari daripada tarikh penyerahan oleh Mahkamah Kanak-kanak iaitu pada Rabu, sekali gus akan mengambil tindakan selanjutnya berdasarkan maklum balas AGC.

“Kita tidak dibenarkan cakap apa-apa penerangan, yang itu hanya terhad kepada pegawai perhubungan awam mahkamah.

“Jadi setakat ini, mahkamah beri kebenaran hanya berkenaan kenyataan Datuk Seri,” jelasnya.

Pada prosiding tersebut, Suhakam telah dibenarkan untuk hadir sebagai pemerhati ‘watching brief’ dalam perbicaraan melibatkan lima pesalah kanak-kanak menurut Seksyen 12(3)(c) Akta Kanak-Kanak 2001.

Sebagai rekod, pihak pendakwaan telah menyerahkan 15 dokumen kepada Pesalah Kanak-Kanak Pertama dan 18 dokumen masing-masing kepada Pesalah Kanak-Kanak Kedua, Ketiga, Keempat dan Kelima, selaras dengan Seksyen 51A Kanun Tatacara Jenayah.

Tambahan lima dokumen lagi akan diserahkan kepada semua Pesalah Kanak-Kanak pada Pengurusan Kes Prabicara Mahkamah (PTCM) seterusnya, 16 Oktober 2025.

Perbicaraan yang telah ditetapkan pada 9 hingga 20 Disember depan akan diteruskan seperti dijadualkan.

Sementara itu, prosiding inkues yang dijadualkan turut ditangguhkan ke pukul 2 petang berikutan penglibatan peguam dalam prosiding Mahkamah Kanak-Kanak.

Related Posts

Mukhlis Mubin, calon Gen Z dengan kekuatan tersendiri

LATAR pendidikan undang-undang, pengalaman kepimpinan mahasiswa dan pencapaian dalam pertandingan pidato antarabangsa menjadi kelebihan calon muda Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi pada Pilihan Raya Negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Beri anak muda seperti Mukhlis Mubin peluang, jangan bunuh karakter calon Gen Z

CALON muda yang diketengahkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka seperti calon Pakatan Harapan (PH) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi, Mukhlis Mubin perlu diberi ruang untuk membuktikan kemampuan dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Mukhlis Mubin, calon Gen Z dengan kekuatan tersendiri

Mukhlis Mubin, calon Gen Z dengan kekuatan tersendiri

Beri anak muda seperti Mukhlis Mubin peluang, jangan bunuh karakter calon Gen Z

Beri anak muda seperti Mukhlis Mubin peluang, jangan bunuh karakter calon Gen Z

Warisan layang-layang perlu terus dipelihara generasi muda – Hasbi

Warisan layang-layang perlu terus dipelihara generasi muda – Hasbi

Kewibawaan Akmal dipersoal, ramai mula sokong Ayu di Merlimau

Kewibawaan Akmal dipersoal, ramai mula sokong Ayu di Merlimau

Pelajar Tingkatan Enam terima elaun mulai semester pertama

Pelajar Tingkatan Enam terima elaun mulai semester pertama

“Keluar sahaja daripada BN” – DAP cabar MCA

“Keluar sahaja daripada BN” – DAP cabar MCA