Jalan Pantai Batu Rakit runtuh: Simbol kegagalan kerajaan Pas urus projek rakyat

HAMPIR 99 peratus siap. Itu yang dicanang. Namun, sebelum sempat rakyat menikmatinya, Jalan Pantai Batu Rakit runtuh semula.

Inilah wajah sebenar pentadbiran Kerajaan Negeri Terengganu pimpinan Pas gagal, cuai dan membazir wang rakyat.

Projek ini sepatutnya menjadi nadi perhubungan penduduk pesisir pantai. Malangnya, apa yang tersergam kini hanyalah lambang kegagalan urus tadbir.

Wang rakyat habis, jalan pula lenyap ditelan ombak kerana kerja tidak berasaskan kajian mendalam. Adakah ini yang Pas banggakan sebagai ‘kecekapan mengurus negeri’?

Hakisan bukan alasan, cuai jadi punca

Memang benar, pantai Batu Rakit berdepan hakisan ombak. Tetapi persoalannya mengapa projek hampir siap pun boleh runtuh semula?

Kalau benar ada kajian, mengapa langkah mitigasi gagal dilaksanakan? Ini bukan isu alam semula jadi semata-mata, tetapi isu kejuruteraan, pengawasan, dan integriti kontraktor yang jelas terabai.

Kerajaan Negeri sepatutnya memastikan setiap projek dilaksanakan dengan teliti, bukannya sekadar mengumumkan peratus siap. Apa gunanya 99 peratus siap di atas kertas, jika hasilnya hancur sebelum dimanfaatkan rakyat?

Rakyat derita, pemimpin Pas bermegah

Inilah akibat apabila Pas terlalu leka berpolitik, tetapi abai tanggungjawab kepada rakyat. Mereka sibuk berceramah dan berpolitik di pentas muktamar, sementara jalan rakyat runtuh, keselamatan pengguna diabaikan, dan wang rakyat melayang entah ke mana.

Kerajaan Negeri gagal menunaikan amanah. Tidak cukup dengan isu peluang pekerjaan, pendidikan anak muda, kini projek infrastruktur pun jadi mangsa kecuaian.

Sudah sampai masa rakyat sedar

Rakyat Terengganu tidak boleh terus diperbodoh dengan alasan demi alasan. Jalan Pantai Batu Rakit yang runtuh ini bukan sekadar jalan, tetapi simbol kegagalan besar Pas dalam mentadbir negeri.

Kerajaan Persekutuan di bawah kepimpinan MADANI sentiasa menekankan integriti dan ketelusan dalam setiap projek rakyat.

Bezanya jelas: di peringkat Persekutuan, projek diteliti dengan ketat; di Terengganu, projek diumum siap tetapi hakikatnya runtuh.

Rakyat harus bangkit menuntut jawapan. Berapa juta ringgit sudah lesap? Siapa yang bertanggungjawab?

Dan berapa lama lagi kita mahu terus diperdaya oleh Kerajaan Negeri yang hanya pandai berjanji, tetapi gagal melaksana?

Related Posts

Pertumbuhan Terengganu susut, dakwaan ekonomi terus kukuh perlu diperincikan

PERTUMBUHAN ekonomi Terengganu yang perlahan pada 2025 menuntut kerajaan negeri menjelaskan gambaran prestasi ekonomi secara lebih menyeluruh, bukan hanya menonjolkan kenaikan nilai Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK). Jabatan Perangkaan Malaysia…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM11.1 bilion projek Terengganu: Kerajaan negeri perlu perjelas status, manfaat sebenar

PENGUMUMAN pelaburan strategik bernilai kira-kira RM11.1 bilion di Terengganu membawa prospek besar kepada ekonomi negeri. Namun, angka itu sahaja belum menjawab persoalan utama rakyat: Berapa banyak pelaburan sudah dimuktamadkan, bila…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerjasama Malaysia-SpaceX perkasa capaian internet kawasan pedalaman – PM

Kerjasama Malaysia-SpaceX perkasa capaian internet kawasan pedalaman – PM

Malaysia, Qatar senada mahu konflik Asia Barat dihentikan segera – PM

Malaysia, Qatar senada mahu konflik Asia Barat dihentikan segera – PM

Negara perlukan belia berilmu, bersemangat pikul tanggungjawab – PM

Negara perlukan belia berilmu, bersemangat pikul tanggungjawab – PM

UM tembusi kelompok 200 terbaik dunia, bukti kemampuan IPT negara – PM

UM tembusi kelompok 200 terbaik dunia, bukti kemampuan IPT negara – PM

Kerajaan Negeri Sembilan seolah hilang hala tuju, PKR kritik kepimpinan MB UMNO

Kerajaan Negeri Sembilan seolah hilang hala tuju, PKR kritik kepimpinan MB UMNO

Harga petrol tanpa subsidi turun, RON95 bersubsidi kekal RM1.99

Harga petrol tanpa subsidi turun, RON95 bersubsidi kekal RM1.99