RUU PSB: UMNO tolak pelawaan Pas turun berhimpun

“LEBIH baik bentangkan solusi kepada kerajaan daripada berhimpun tanpa cadangan,” kata Datuk Dr Akmal Saleh.

Itu respons Ketua Pemuda UMNO terhadap pelawaan Pemuda Pas untuk UMNO turun sama berhimpun bagi membantah Rang Undang-undang Pembaharuan Semula Bandar (RUU PSB) pada 4 Oktober ini.

Dr Akmal berkata, beliau sedia turun berhimpun sekiranya kerajaan menolak solusi yang dikemukakan UMNO kelak ditolak oleh kerajaan.

Tegasnya, UMNO dengan jelas melalui Timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan menolak RUU PSB yang ditangguhkan pembentangannya sebelum ini.

“Lebih baik sebelum kita nak buat himpunan, nak panggil kita semua dalam satu himpunan, lebih baik kita datang dengan solusi.

“Kita adakan meja bulat, kita duduk bersama, Pas ada cadangannya dan UMNO ada cadangannya, kita rangkumkan cadangan terbaik dan kita serahkan kepada kerajaan.

“Jika kerajaan tak nak terima cadangan kita ini, maka saya bagi komitmen kita akan bersama-sama membantah URA (PSB),” katanya dalam satu video di Facebooknya.

Dr Akmal berkata, UMNO-BN akan mengadakan seminar bagi mencari solusi terhadap isu RUU PSB yang telah mencetuskan kontroversi.

Terdahulu media melaporkan, Pemuda Pas akan menghantar jemputan rasmi kepada UMNO untuk mengajak parti terbabit menyertai mereka dalam himpunan membantah RUU PSB.

Menganggap ia sebagai Himpunan Mega Tolak URA (PSB), Pemuda Pas Pusat berkata, mereka akan jadi pemula kepada gerakan membatalkan RUU dikemukakan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkenaan.

Timbalan Ketua Pemuda Pas Pusat, Mohd Hafez Sabri berkata, himpunan tersebut akan diadakan di ibu kota.

“Himpunan ini adalah himpunan menggabungkan semua entiti rakyat dan Pemuda Pas sebagai pemula. Kami mahu bersama NGO-NGO lain dan kami ada jadual untuk bertemu semua pihak.

“Kepada UMNO, kami akan hantar jemputan rasmi untuk (mengajak mereka) bersama dalam himpunan tolak URA, kerana pemimpin UMNO dilihat selari dengan kami dalam isu ini dengan membantah RUU yang dibentangkan baru-baru ini,” katanya.

Related Posts

‘Insya-Allah, akan ada tiket MADANI untuk perlumbaan Formula Satu’ – PMX

PORT DICKSON – Harga tiket MADANI dan mesra dengan poket rakyat bagi perlumbaan Formula Satu akan dipertimbangkan dalam memastikan lebih ramai memiliki kemampuan menikmati aktiviti sukan tersebut. Perdana Menteri, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hasrat penduduk kampung miliki masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

Hasrat penduduk kampung miliki masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

Memorial Muzium KD Hang Tuah, bakal ikon pelancongan maritim Perak

Memorial Muzium KD Hang Tuah, bakal ikon pelancongan maritim Perak

Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

MAHA Pahang 2026 pecah rekod, dihadiri lebih 200,000 pengunjung

MAHA Pahang 2026 pecah rekod, dihadiri lebih 200,000 pengunjung