Veteran UMNO nasihat Pas supaya tidak angkuh dalam berpolitik

VETERAN UMNO menasihati Naib Presiden Pas, Datuk Idris Ahmad agar tidak bersikap angkuh dan celupar ketika mengulas tahap sokongan rakyat terhadap UMNO pada masa ini.

Setiausaha Veteran UMNO, Datuk Mustapha Yaakub berkata, Idris dan para pemimpin Pas seharusnya menumpukan perhatian terhadap pentadbiran negeri-negeri yang dimenangi mereka dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), agar tidak terlepas kepada UMNO pada pilihan raya akan datang.

Beliau berkata, rakyat kini semakin celik dan matang dalam menilai bukan sahaja kemampuan UMNO, malah prestasi pentadbiran Pas di negeri-negeri yang mereka kuasai bersama Perikatan Nasional (PN).

Menurut Mustapha, Pas wajar menumpukan kepada usaha kutipan dana berbanding menyindir UMNO secara berterusan.

“Adalah lebih baik Pas menumpukan kutipan derma dengan meggunakan `tong dram’ daripada menyindir UMNO.

“Kutiplah sebanyak mungkin derma untuk menang 60 kerusi dalam PRU16 nanti kerana Bersatu tidak akan membantu kamu (Pas) lagi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, Idris secara sinis menyatakan rasa simpati terhadap UMNO yang menurutnya hanya layak bertanding di 26 kerusi pada PRU16, walaupun sebelum ini merupakan sebuah parti gergasi.

Beliau mendakwa perkara itu berdasarkan jaminan DAP bahawa UMNO hanya akan bertanding di kerusi yang pernah dimenangi parti tersebut, selain turut mencadangkan agar PRU16 diadakan secara serentak.

Mengulas lanjut, Mustapha berkata, kenyataan Idris tersebut mencerminkan kekecewaan pemimpin Pas yang gagal membentuk kerajaan perpaduan bersama Pakatan Harapan (PH) selepas PRU15.

Katanya, Pas ketika itu memenangi lebih banyak kerusi dan lebih layak membentuk kerajaan, namun akibat keangkuhan sebilangan pemimpinnya, akhirnya UMNO yang hanya memiliki 30 kerusi menjadi sebahagian daripada kerajaan hari ini.

“Kekesalan itu berpanjangan dan beberapa cubaan untuk tebuk atap, tebuk dinding dan tebuk lantai gagal,” katanya.

Tambah Mustapha, walaupun Pas sering menggambarkan UMNO sebagai parti yang lemah dan semakin hilang sokongan, terdapat pemimpin mereka yang didakwa masih berusaha menjalinkan kerjasama dengan UMNO secara rahsia dan di luar pengetahuan Bersatu, semata-mata untuk menyertai kerajaan.

Related Posts

Hak 40 peratus Sabah: Komitmen PMX beri keyakinan baharu kepada Sabah – Joachim

KOTA KINABALU – Komitmen berterusan Kerajaan Persekutuan di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap pembangunan Sabah terus mendapat penghargaan apabila pelbagai inisiatif dan projek strategik dilaksanakan bagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tuntutan 40 peratus hak Sabah: Saya tidak mahu dilihat melengah-lengahkan – Anwar

PENAMPANG – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak mahu dilihat sengaja melengah-lengahkan penyelesaian tuntutan 40 peratus hasil bersih Persekutuan kepada Sabah. Tegasnya, Kerajaan Persekutuan memberi jaminan untuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hak 40 peratus Sabah: Komitmen PMX beri keyakinan baharu kepada Sabah – Joachim

Hak 40 peratus Sabah: Komitmen PMX beri keyakinan baharu kepada Sabah – Joachim

Jungle Food Lab tarikan utama International Week 2026

Jungle Food Lab tarikan utama International Week 2026

Tuntutan 40 peratus hak Sabah: Saya tidak mahu dilihat melengah-lengahkan – Anwar

Tuntutan 40 peratus hak Sabah: Saya tidak mahu dilihat melengah-lengahkan – Anwar

Gangguan bekalan elektrik, Loji Rawatan Air Utara ditutup sementara

Gangguan bekalan elektrik, Loji Rawatan Air Utara ditutup sementara

Malaysia boleh jadi Kota Baca dalam 20 tahun lagi

Malaysia boleh jadi Kota Baca dalam 20 tahun lagi

Penjimatan kerajaan disalur semula kepada rakyat – Anwar

Penjimatan kerajaan disalur semula kepada rakyat – Anwar