Lelaki dicekup jual nombor loteri haram di tebingan Sungai Roban

ROBAN – Kegiatan seorang lelaki tempatan yang menjadikan jualan nombor loteri awam haram sebagai sumber pendapatan sampingan terbongkar selepas ditahan dalam satu serbuan di sebuah pondok rehat di tebingan Sungai Roban pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mathew Manggie berkata, suspek berusia 46 tahun itu ditahan oleh sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Saratok ketika leka bersendirian di lokasi berkenaan pada jam kira-kira 3.09 petang.

Semasa serbuan dilakukan, pihak polis berjaya merampas sekeping keratan kertas yang tercatat angka loteri awam haram, sejumlah wang tunai, serta sebatang pen berdakwat hitam yang dipercayai digunakan untuk kegiatan tersebut.

“Hasil siasatan awal mendapati suspek mengaku menjadi ejen jualan nombor loteri awam haram di sekitar Pekan Roban sebagai pendapatan sampingan,” katanya menerusi satu kenyataan rasmi.

Menurut Mathew, suspek yang masih bujang itu tidak mempunyai sebarang pekerjaan tetap. Ujian saringan awal air kencing yang dijalankan terhadapnya turut mendapati lelaki berkenaan bebas daripada pengaruh dadah.

Bagaimanapun, semakan rekod mendapati suspek mempunyai dua rekod jenayah lampau berkaitan kesalahan di bawah Akta Rumah Judi Terbuka 1953 (ARJT). Satu daripada kes tersebut telah dijatuhi hukuman, manakala satu lagi berstatus tiada tindakan lanjut (NFA).

Siasatan bagi kes terbaharu ini telah pun selesai dijalankan dan diklasifikasikan di bawah Seksyen 4A(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Related Posts

‘Kita Jaga Sabah’ seruan perkukuh kerjasama Warisan, KDM dan STAR

KOTA KINABALU – “Ayuh Sabahan! Kita bangun bersama, bersatu berpadu. Kita jaga Sabah!” menjadi seruan kepada pimpinan dan ahli Warisan, Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) serta STAR untuk memperkukuh kesatuan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Empat blok 20 pintu, sebuah rumah musnah dijilat api

TAWAU – Empat blok rumah kongsi melibatkan 20 pintu dan sebuah rumah kediaman jenis tidak kekal musnah dalam kebakaran berhampiran Taman Gemilang Sin Onn, Jalan Sin Onn, di sini, pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kawalan keselamatan lapangan terbang akan diperkasa, diperketat

Kawalan keselamatan lapangan terbang akan diperkasa, diperketat

Laporan awal kes Mohd Shuhaily dihantar ke AGC

Laporan awal kes Mohd Shuhaily dihantar ke AGC

Seksyen 302 bukan kesalahan kecil, pelajar perlu fahami implikasi undang-undang

Seksyen 302 bukan kesalahan kecil, pelajar perlu fahami implikasi undang-undang

Kerajaan pertimbang larangan parti politik terima dana asing

Kerajaan pertimbang larangan parti politik terima dana asing

Keselamatan murid lebih penting daripada imej sekolah – PM

Keselamatan murid lebih penting daripada imej sekolah – PM

Isu UNHCR perlu diselesaikan melalui rundingan dengan PBB – PM

Isu UNHCR perlu diselesaikan melalui rundingan dengan PBB – PM