Pentadbiran Warisan hanya hujah kosong, jerat rakyat Sabah – Muhammad Faizul

KALABAKAN – Kegagalan Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengurus isu air akan kekal sebagai bukti bahawa pentadbiran Warisan tidak berasaskan perancangan dan hanya hujah kosong yang akhirnya menjerat rakyat sendiri.

Demikian dinyatakan Ketua Penerangan BNCom Kalabakan, Muhammad Faizul Mustapa sebagai respons terhadap kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gum-Gum, Arunarnsin Taib yang cuba menepis kegagalan Shafie dalam isu krisis air dengan berselindung di sebalik laporan Ketua Audit Negara (KAN).

“Laporan KAN 2019 memang menegur kelemahan kontrak loji rawatan air, termasuk isu syarikat tidak berpengalaman.

“Tetapi persoalan pokok ialah mengapa selepas Shafie menamatkan kontrak pada 2019, beliau gagal menyediakan pelan gantian dan infrastruktur baharu?

“Inilah punca krisis berlarutan sehingga rakyat Sabah hari ini beratur dengan baldi setiap hari,” katanya dalam satu kenyataan media, pada Selasa.

Beliau berkata, pembayaran pampasan RM315 juta kepada syarikat konsesi adalah fakta yang tidak boleh dinafikan dan wang rakyat itu lesap kerana keputusan politik yang dibuat secara terburu-buru tanpa analisis kos faedah.

“Kalau benar kontrak bermasalah, mengapa tidak dilakukan audit forensik terlebih dahulu atau mengambil tindakan undang-undang terhadap syarikat terlibat, sebaliknya terus membatalkan semua kontrak sekali gus membebankan rakyat?” soalnya.

Menurut Muhammad Faizul, Warisan tidak boleh menyalahkan kelemahan kontrak berikutan Shafie ketika itu adalah Ketua Menteri merangkap Menteri Kewangan Sabah.

“Beliau mempunyai kuasa penuh untuk merangka reformasi tadbir urus bukan sekadar menuding jari kepada kelemahan lalu kerana rakyat Sabah berhak mendapat air bersih yang stabil, bukannya alasan politik.

“Malangnya, beliau memilih jalan mudah putus kontrak, bayar pampasan, dan tinggalkan rakyat dalam krisis,” ujarnya.

Related Posts

Tangki minyak ‘menyamar’ jadi tayar ganti, helah seludup petrol terbongkar

PADANG BESAR – Sekali pandang seperti tayar ganti biasa, namun di sebaliknya tersembunyi tangki minyak yang diubah suai dipercayai digunakan untuk menyeludup bahan api bersubsidi ke negara jiran. Helah itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Laporan RCI TH akan diserah kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut

PUTRAJAYA – Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Lembaga Tabung Haji (TH) akan diserahkan kepada pihak berkuasa untuk siasatan menyeluruh berdasarkan segala dapatan dan maklumat yang terkandung dalam laporan itu.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tangki minyak ‘menyamar’ jadi tayar ganti, helah seludup petrol terbongkar

Tangki minyak ‘menyamar’ jadi tayar ganti, helah seludup petrol terbongkar

Laporan RCI TH akan diserah kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut

Laporan RCI TH akan diserah kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut

UMNO Pahang terbuka jalin kerjasama dengan mana-mana parti

UMNO Pahang terbuka jalin kerjasama dengan mana-mana parti

Operasi serentak seluruh negara, 1,043 warga asing ditahan

Operasi serentak seluruh negara, 1,043 warga asing ditahan

RON97 turun 20 sen, RON95 tanpa subsidi turun 15 sen

RON97 turun 20 sen, RON95 tanpa subsidi turun 15 sen

Teguran buahkan hasil, KSN puji kualiti kemudahan I-LEAD Park INSARA

Teguran buahkan hasil, KSN puji kualiti kemudahan I-LEAD Park INSARA