Langkah kawalan subsidi RON95 dilaksana elak penyalahgunaan

KERAJAAN akan memperkenalkan beberapa mekanisme kawalan bagi memastikan pelaksanaan penyasaran subsidi petrol RON95 berjalan dengan lancar dan tidak disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, langkah tersebut antara lain bertujuan memastikan kumpulan pengguna tertentu seperti pemandu perkhidmatan e-hailing yang memerlukan lebih 300 liter petrol sebulan benar-benar layak menerima subsidi, menerusi pengesahan bersama syarikat masing-masing.

“Kalau kelayakan itu ada, mereka boleh memohon dengan sokongan syarikat. Kita boleh mengesahkan penggunaan tersebut melalui rekod sistem e-hailing sama ada benar-benar digunakan untuk bekerja.

“Kerajaan juga tidak akan membenarkan penggunaan yang terlalu banyak dalam sehari,” katanya.

Beliau kepada pemberita selepas merasmikan Jelajah Mega E-Invois Siri 2/2025 Peringkat Nasional di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Amir Hamzah turut memaklumkan bahawa semua warganegara Malaysia berumur 16 tahun ke atas dan memiliki lesen memandu yang sah, layak menerima siling subsidi bersasar petrol RON95 menerusi program BUDI MADANI RON95 (BUDI95) sebanyak 300 liter sebulan.

Menurut beliau, tahap kesiapsiagaan pelaksanaan subsidi bersasar RON95 berada pada tahap yang baik setelah semua syarikat minyak mengesahkan kemudahan masing-masing termasuk kelengkapan mesin di stesen minyak.

“Mesin untuk digunakan di kedai sudah disediakan dan kebanyakan syarikat minyak juga telah mengaktifkan sistem di terminal pembayaran sama ada di pam atau di kaunter stesen minyak.

“Persediaan ini mencukupi, namun kita tahu tiada perkara yang sempurna dan sesuatu yang baharu mungkin menghadapi sedikit kesukaran, jadi saya harap rakyat dapat bersabar. Perkara yang penting, kerajaan akan tetap memenuhi janji,” katanya.

Related Posts

Pelaburan TH: Mengapa risiko berkaitan Jho Low tidak dihalang?

PUTRAJAYA – Keputusan Tabung Haji (TH) meneruskan proses pembelian Putrajaya Perdana Bhd  pada 2014 dalam tempoh syarikat itu dikatakan masih berada di bawah kawalan Jho Low membuktikan wujudnya keraguan dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Laporan RCI TH akan diserah kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut

PUTRAJAYA – Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Lembaga Tabung Haji (TH) akan diserahkan kepada pihak berkuasa untuk siasatan menyeluruh berdasarkan segala dapatan dan maklumat yang terkandung dalam laporan itu.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Edar 480.60 gram dadah, suami isteri dihadapkan ke mahkamah

Edar 480.60 gram dadah, suami isteri dihadapkan ke mahkamah

Pahang sedia RM916,000 melalui geran usahawan STeP

Pahang sedia RM916,000 melalui geran usahawan STeP

Kerajaan Pahang tidak lantik ejen urus permohonan geran usahawan

Kerajaan Pahang tidak lantik ejen urus permohonan geran usahawan

PSG angkat Piala Super, tewaskan Villa

PSG angkat Piala Super, tewaskan Villa

Pelaburan TH: Mengapa risiko berkaitan Jho Low tidak dihalang?

Pelaburan TH: Mengapa risiko berkaitan Jho Low tidak dihalang?

Tangki minyak ‘menyamar’ jadi tayar ganti, helah seludup petrol terbongkar

Tangki minyak ‘menyamar’ jadi tayar ganti, helah seludup petrol terbongkar