RON95 turun RM1.99 seliter, kerajaan terbukti dengar rintihan rakyat

PUTRAJAYA – Langkah Kerajaan MADANI menurunkan harga minyak RON95 daripada RM2.05 kepada RM1.99 seliter bermula Selasa depan disifatkan sebagai langkah berani yang berpihak kepada suara rakyat.

Pakar ekonomi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Tan Sri Dr Noor Azlan Ghazali berkata, langkah yang turut dapat mengelakkan ketirisan subsidi kepada bukan warganegara adalah baik dan dialu-alukan.

Menurut beliau, subsidi yang dilaksana perlu bagi yang layak namun sekiranya dilakukan secara ‘blanket’ umumnya membebankan kedudukan fiskal.

“Subsidi yang menurunkan harga di pasaran awam, bukan sahaja mungkin mewujudkan sifat kepenggunaan yang merugikan, malah ketirisannya kepada bukan warganegara atau bukan kumpulan sasaran yang perlu dibantu susah dibendung.

“Justeru, terdapat keperluan buat kerajaan mengkaji model pengurusan penyampaian subsidi secara holistik bagi mengelakkan ketirisan yang merugikan,” katanya menerusi kenyataan kepada The Malaysia Press (TMP), pada Isnin.

Mengulas lanjut, Noor Azlan yang juga Pengarah Institut Pembangunan dan Kemajuan Inklusif Malaysia, MINDA-UKM
berkata, penduduk Malaysia kini mencecah 34 juta (suku pertama 2024) orang dan 30.6 juta darinya adalah warganegara, baki 3.4 juta adalah penduduk bukan warganegara.

Menurut beliau, bagi memastikan subsidi minyak RON95 tidak tiris kepada 3.4 juta penduduk bukan warganegara, 30.6 juta warganegara perlu membuktikan kerakyatan setiap kali mengisi minyak kenderaan mereka.

“Jika dikira berdasarkan umur bekerja (15-64 tahun), sekitar 21.5 juta atau bersamaan 70.1 peratus dari warganegara perlu mengesahkan kerakyatan setiap kali mengisi minyak kenderaan mereka. Terkini jumlah kenderaan berdaftar ialah 38.7 juta, melebihi bilangan penduduk negara.

“Keperluan mengisi minyak kenderaan sudah umpama mengisi perut setiap hari. Menjadi rutin kepada semua pemilik kenderaan. Stesen minyak adalah persinggahan harian rakyat Malaysia,” katanya.

Sehubungan itu, Noor Azlan berpandangan, keperluan pembuktian kerakyatan dengan pengesahan menggunakan MyKad setiap kali pengisian minyak perlu dinilai implikasinya secara meluas.

“Kebaikannya, subsidi tidak tiris kepada bukan warganegara. Bagaimana dengan kesannya yang lain?  Berkemungkinan besar ianya akan menjejaskan kelancaran urusan distesen minyak dan juga urusan yang lain.

“Warganegara adalah majoriti iaitu 90 peratus penduduk Malaysia. Beban pembuktian diletakkan diatas majoriti pengguna. Pada hemat saya, wajar difikirkan. Hakikatnya, banyak subsidi yang tiris kepada bukan warganegara,” katanya.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin mengumumkan bahawa harga RON95 ditetapkan pada RM1.99 seliter untuk semua rakyat Malaysia mulai 30 September 2025.

Polis dan tentera akan menikmati kadar baharu mulai 27 September manakala penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) turut dapat akses lebih awal bermula 28 September.

Inisiatif subsidi ini dikenali sebagai BUDI MADANI RON95 (BUDI95) dan menyaksikan penurunan harga daripada RM2.05 seliter kepada RM1.99 seliter.

Bagaimanapun, untuk warga asing, mereka perlu membayar pada harga RM2.60 seliter bermula tarikh sama.

Related Posts

Bekalan minyak negara masih mencukupi, RON95 bersubsidi kekal RM1.99 seliter- PM

BUKIT MERTAJAM – Bekalan petrol dan diesel negara masih mencukupi ketika ini meskipun konflik di Asia Barat dan keadaan ekonomi global memberi tekanan terhadap rantaian bekalan tenaga dunia, kata Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan akan ambil langkah drastik sedia pekerjaan alternatif

SEBERANG PERAI – Kerajaan sedang mengambil langkah drastik bagi memperbaiki tahap pasaran pekerjaan di negara ini sekali gus komited menyediakan pekerjaan alternatif susulan laporan isu kehilangan pekerjaan membabitkan seramai 7,057…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kes tikam ibu tunggal, ejen hartanah diarah jalani pemeriksaan psikiatri

Kes tikam ibu tunggal, ejen hartanah diarah jalani pemeriksaan psikiatri

Bekalan minyak negara masih mencukupi, RON95 bersubsidi kekal RM1.99 seliter- PM

Bekalan minyak negara masih mencukupi, RON95 bersubsidi kekal RM1.99 seliter- PM

Polis siasat hantaran Facebook berbaur provokasi kaum, agama

Polis siasat hantaran Facebook berbaur provokasi kaum, agama

Kerajaan akan ambil langkah drastik sedia pekerjaan alternatif

Kerajaan akan ambil langkah drastik sedia pekerjaan alternatif

Kecurian 100 meter kabel jejas sistem semboyan, operasi ETS dan KTM Komuter Utara tergendala

Kecurian 100 meter kabel jejas sistem semboyan, operasi ETS dan KTM Komuter Utara tergendala

PKR susun semula jentera pilihan raya, Amirudin dan Saifuddin diberi peranan utama

PKR susun semula jentera pilihan raya, Amirudin dan Saifuddin diberi peranan utama