Ketepikan politik, usaha bantu mangsa banjir tanggungjawab bersama – PKR Sabah

KOTA KINABALU – PKR Sabah menegaskan usaha membantu mangsa banjir adalah tanggungjawab bersama kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan, komuniti setempat dan parti politik.

Demikian dinyatakan Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sabah yang membidas kenyataan
parti Warisan yang dipercayai mengelirukan serta meremehkan usaha kerajaan dan penjawat awam dalam membantu mangsa banjir di negeri ini.

“Warisan sebagai salah satu parti yang membentuk Kerajaan MADANI dan mempunyai seorang Timbalan Menteri Persekutuan seharusnya tidak mengeluarkan kenyataan sedemikian.

“Kerajaan Negeri dan Persekutuan telah menyalurkan peruntukan kecemasan melalui NADMA, Jabatan Kebajikan Masyarakat serta agensi berkaitan untuk memastikan bantuan sampai kepada mangsa.

“PKR Sabah menghargai sesiapa sahaja yang turun padang termasuk pimpinan parti politik pembangkang,” katanya dalam kenyataan media, pada Isnin.

Menurut MPN PKR Sabah, Warisan sepatutnya menyokong usaha menyelaras bantuan agar lebih tersusun dan bukannya menimbulkan persepsi negatif terhadap penjawat awam yang menjadi barisan hadapan atau ‘first responder’ setiap kali bencana berlaku serta memperlekeh jasa dan bakti mereka.

Dalam pada itu, MPN PKR Sabah turut mengulas isu penamatan konsesi loji rawatan air memandangkan selepas penamatan konsesi, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebagai Ketua Menteri ketika itu gagal menyediakan pelan peralihan yang jelas dan menyebabkan bekalan air terjejas di banyak kawasan sehingga kini.

Katanya, kerajaan GRS-PH terpaksa membuat keputusan penyelesaian luar mahkamah bagi mengelakkan risiko pampasan yang lebih besar dan memastikan operasi loji tidak terganggu.

“Tuduhan bahawa langkah ini untuk ‘membersihkan isu lama’ adalah tidak bertanggungjawab kerana fokus kerajaan kini adalah membaiki infrastruktur air, memperkukuh sistem audit dan memastikan insiden skandal ‘duit dalam almari pejabat’ tidak berulang,” tegasnya.

Manakala bagi Projek Pan Borneo, MPN PKR Sabah mendakwa ia jelas menunjukkan Warisan seolah-olah cuba melepaskan tanggungjawab sedangkan ketika itu mereka (Warisan) mengetuai Kerajaan Negeri.

“Malah, pada Januari 2020, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sendiri mengakui bahawa keputusan membatalkan PDP dibuat atas pertimbangan politik melibatkan syarikat perunding milik ahli parti politik.

“Ironinya, selepas pengumuman itu, kelemahan penyelarasan dan ketiadaan model kewangan alternatif yang kukuh telah menyebabkan projek ini tergendala, sekali gus menangguhkan manfaat yang sepatutnya dinikmati rakyat Sabah,” jelasnya.

Tegas MPN PKR Sabah, Kerajaan MADANI di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Kerajaan Negeri Sabah memberi komitmen penuh untuk memulihkan momentum projek Pan Borneo dengan menekankan aspek peluang pekerjaan kepada anak tempatan serta jaringan jalan raya moden dan selamat di seluruh negeri.

Katanya, rakyat tidak mahu terus disajikan dengan polemik siapa salah siapa benar, sebaliknya menuntut tindakan segera bagi menyelesaikan isu asas seperti banjir, bekalan air dan pembangunan infrastruktur.

Sehubungan itu, MPN PKR Sabah menyeru seluruh parti politik termasuk Warisan mengetepikan kepentingan politik kepartian dan mengutamakan agenda kebajikan rakyat termasuk bersama menyokong usaha kerajaan dan penjawat awam yang menjadi tulang belakang di lapangan.

Related Posts

Polis siasat hantaran Facebook berbaur provokasi kaum, agama

JERANTUT – Polis membuka kertas siasatan berhubung hantaran di media sosial Facebook yang mengandungi komen berbaur provokasi kaum dan penghinaan terhadap agama Islam serta orang Melayu. Pemangku Ketua Polis Daerah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan akan ambil langkah drastik sedia pekerjaan alternatif

SEBERANG PERAI – Kerajaan sedang mengambil langkah drastik bagi memperbaiki tahap pasaran pekerjaan di negara ini sekali gus komited menyediakan pekerjaan alternatif susulan laporan isu kehilangan pekerjaan membabitkan seramai 7,057…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Polis siasat hantaran Facebook berbaur provokasi kaum, agama

Polis siasat hantaran Facebook berbaur provokasi kaum, agama

Kerajaan akan ambil langkah drastik sedia pekerjaan alternatif

Kerajaan akan ambil langkah drastik sedia pekerjaan alternatif

Kecurian 100 meter kabel jejas sistem semboyan, operasi ETS dan KTM Komuter Utara tergendala

Kecurian 100 meter kabel jejas sistem semboyan, operasi ETS dan KTM Komuter Utara tergendala

PKR susun semula jentera pilihan raya, Amirudin dan Saifuddin diberi peranan utama

PKR susun semula jentera pilihan raya, Amirudin dan Saifuddin diberi peranan utama

JPJ Perak keluar 510 notis Ops Khas Aidiladha

JPJ Perak keluar 510 notis Ops Khas Aidiladha

Onn Hafiz dedah Istana Johor nasihat mohon maaf kepada Ahmad Zahid

Onn Hafiz dedah Istana Johor nasihat mohon maaf kepada Ahmad Zahid