Rekod politik Pas: 10 tahun 3 gabungan, dua terkubur satu tenat

DALAM tempoh hanya sedekad, Pas berjaya mengukir ‘kejayaan’ politik yang pelik tapi benar iaitu tiga gabungan politik, tapi semuanya berkongsi nasib yang sama retak, reput, dan rebah.

Ingat lagi Gagasan Sejahtera? Kononnya nak jadi alternatif kepada Barisan Nasional dan Pakatan Harapan. Tapi akhirnya gabungan ini hilang begitu saja senyap, tanpa talkin, tanpa doa selamat. Malah ramai pengundi pun tak sedar bila ia dikuburkan.

Kemudian datang Muafakat Nasional iaitu kerjasama Pas dan UMNO. Masa awalnya, penuh slogan ukhuwah Islamiah, kononnya demi Melayu dan Islam. Tapi akhirnya, jadi macam drama kahwin paksa.

Dua pihak berebut pengantin, akhirnya cerai talak tiga sebelum sempat berbulan madu.

Hari ini, Muafakat Nasional tinggal sejarah pahit dan bahan ketawa lawan.

Penulis ingat melalui Muafakat Nasional kedua parti Melayu terbesar itu mampu menyatukan bangsa Melayu tapi akhirnya hanya tinggal mimpi sahaja.

Kini Pas bergayut pula pada Perikatan Nasional (PN). Katanya ini formula paling ampuh, paling kukuh dalam memajukan negara dan bangsa Melayu.

Tapi baru sepenggal, dah mula batuk-batuk. Isu dana, perebutan kerusi, dan tokoh yang saling cantas-mencantas sudah mula pecah di permukaan.

Kalau ikut rekod 10 tahun lepas, PN ni tak perlu tunggu lama pun . Ajalnya mungkin lebih cepat daripada Muafakat Nasional.

Inilah wajah sebenar Pas dalam dekad terakhir iaitu tak pernah setia dengan sesiapa pun.

Bila dah dapat habuan, mula ungkit, mula cantas, mula cari kapal baru.

Gabungan politik hanya jadi kenderaan sementara untuk sampai ke Putrajaya. Bila dah tak selesa, terus lompat.

Pas boleh terus jual slogan Islam, terus laung takbir, tapi sejarahnya sudah merekodkan iaitu tiga kali masuk gabungan, tiga kali gagal.

Takkan setiap kali gagal nak salahkan orang lain? Mungkin masalah sebenar bukan pada kawan, tapi pada sikap Pas sendiri yang lebih suka jadi abang besar walaupun sebenarnya menumpang kekuatan orang lain.

Kalau ikut trend 10 tahun, gabungan Pas umpama telefon murah China iaitu pakai setahun, mula rosak, akhirnya buang.

Bezanya, dalam politik, yang rosak bukan sekadar parti, tapi harapan rakyat yang ditipu dengan slogan agama.

Related Posts

Nas agama bukan lesen memutihkan tafsiran politik

PRESIDEN Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang menerusi artikel ‘Negara Menjadi Habuan Kerana Menjatuhkan Kuasa Besar Islam. Apakah Peranannya?‘mengaitkan kejatuhan Khilafah Uthmaniyyah, penjajahan wilayah Islam, pembentukan Israel dan kebangkitan Iran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bubar DUN atau tarik sokongan? Jangan jadikan mandat rakyat ujian keikhlasan politik

CADANGAN menjadikan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu atau penarikan sokongan di Parlimen sebagai ukuran ‘keikhlasan’ kerjasama politik perlu dilihat dengan lebih rasional. Mandat rakyat bukan alat eksperimen untuk menentukan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jalan Sim-Sim ditutup selepas tanah runtuh sepanjang 150 meter

  • By Fandi
  • September 20, 2026
Jalan Sim-Sim ditutup selepas tanah runtuh sepanjang 150 meter

ESSCOM-AS tingkat kesiapsiagaan pengurusan kecemasan

  • By Fandi
  • September 20, 2026
ESSCOM-AS tingkat kesiapsiagaan pengurusan kecemasan

Nas agama bukan lesen memutihkan tafsiran politik

Nas agama bukan lesen memutihkan tafsiran politik

Ops Ekstrem: JPJ Sabah sita 13 kenderaan, airsus antara ubah suai dikesan

Ops Ekstrem: JPJ Sabah sita 13 kenderaan, airsus antara ubah suai dikesan

Parlimen Sepanggar wajar dipecah dua jika kerusi Sabah ditambah – Mustapha

Parlimen Sepanggar wajar dipecah dua jika kerusi Sabah ditambah – Mustapha

Tabung Najib ‘jarum halus’ UMNO halalkan rasuah – Wanita PKR

Tabung Najib ‘jarum halus’ UMNO halalkan rasuah – Wanita PKR