Malaysia perkukuh hubungan strategik dengan Vietnam dan Azerbaijan

MALAYSIA terus memperkukuh hubungan strategik dengan negara-negara sahabat apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan berasingan dengan pimpinan Parlimen Vietnam dan Azerbaijan, pada Khamis.

Dalam pertemuan bersama Pengerusi Dewan Negara Vietnam, Tran Thanh Man, kedua-dua pihak menzahirkan tekad untuk memperdalam kerjasama dalam bidang dagang, pelaburan, tenaga serta industri halal yang semakin berkembang di peringkat global.

“Malaysia mengiktiraf peranan Vietnam melalui AIPA sejak tahun 1995 sebagai detik penting integrasi Parlimen di rantau ini.

“Melalui pertukaran amalan terbaik dalam perundangan, tadbir urus dan reformasi, kita berjaya memperkukuh asas demokratik serta memperluas ufuk kerjasama,” katanya dalam hantaran di Facebook pada Khamis.

Beliau turut menegaskan bahawa Malaysia dan Vietnam sehaluan dalam mendukung penyertaan Timor-Leste ke dalam ASEAN, sebagai lambang kesatuan rantau Asia Tenggara yang berpaksi pada ekonomi, solidariti dan semangat kebersamaan.

Sementara itu, dalam pertemuan dengan Speaker Milli Majlis (Perhimpunan Parlimen) Azerbaijan, Sahiba Gafarova, Anwar berkata Malaysia melihat Azerbaijan sebagai rakan strategik berpotensi besar, khususnya dalam bidang tenaga, pelancongan, industri halal serta kerjasama pembinaan dan mineral.

“Inilah landasan yang akan kita mantapkan demi manfaat rakyat kedua-dua negara,” jelasnya.

Beliau turut menyanjung peranan Azerbaijan dalam mengangkat agenda keamanan serantau, termasuk melalui Washington Framework for Peace baru-baru ini, selain kepemimpinannya dalam Rangkaian Parlimen NAM.

“Kepemimpinan mereka memperlihatkan betapa diplomasi tidak hanya jalur untuk meleraikan konflik, tetapi juga aparat untuk menegakkan keadilan dan kemanusiaan,” katanya.

Menurut Perdana Menteri, Malaysia akan terus menjambatani Timur dan Barat melalui seni diplomasi kenegaraan serta memilih untuk menjadi suara dan kuasa penengah (mid-tier power) di pentas geopolitik dunia.

“Dalam dunia yang terus berantakan hari ini, Malaysia komited ke arah dunia yang lebih aman dan seimbang,” ujar beliau.

Related Posts

Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

TAWAU – Isu kekurangan pegawai perubatan di Sabah memerlukan penyelesaian menyeluruh dan tidak boleh hanya bergantung kepada penambahan jumlah penempatan di atas kertas, kata Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Andi Muhammad…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

LABUAN – Orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada terhadap kemungkinan penyebaran berita palsu dan grafik dimanipulasi menggunakan gambar serta logo organisasi media susulan pembentangan Belanjawan 2027.‎‎Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

  • By Fatin
  • October 7, 2026
Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun