Dana PRU15: Sanusi–Marzuki main tarik tali, PN retak menanti belah

PERTIKAMAN lidah antara Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor (Pas) dan Datuk Dr Marzuki Mohamad (Bersatu) sebenarnya bukan sekadar ‘salah faham teknikal’ mengenai dana PRU15 lalu, tapi lebih kepada gambaran retak dalam rumah tangga PN sendiri.

Kalau orang kata duit boleh beli macam-macam, nampaknya dalam PN duit juga boleh beli gaduh. Isu siapa bayar kos PRU15 kini jadi gelanggang terbuka antara kedua mereka.

Dua-dua mendakwa parti masing-masing paling banyak keluar belanja, tapi bila diteliti, macam berebut nak menuntut siapa belanja lebih kat kedai mamak.

Sanusi, dengan gaya bersahaja tapi berbisa lagi tegas. Pas Kedah tak pernah rasa duit Bersatu. Malah, katanya, calon Bersatu sendiri datang ‘tangan kosong’ dan Pas terpaksa membantu peralatan dan perkakas, cuma seorang calon saja bayar balik.

Logiknya, kalau Bersatu benar belanja besar, kenapa sampai nak pakai bendera pun Pas kena keluarkan duit?

Marzuki pula lain cerita. Katanya Bersatu yang tanggung semua kos PN masa PRU15. Dari peralatan, logo, hinggalah kepada dana sumbangan untuk Pas.

Senang kata, tanpa Bersatu, Pas takkan dapat 43 kerusi Parlimen. Macam abang besar yang hulur duit belanja sekolah adik-adik.

Tapi bila naratif bertembung, rakyat nampak jelas bahawa PN bukan satu pasukan padu, tapi lebih kepada ‘kontrak politik’ siapa bayar siapa.

Hari ini Pas nak tonjol imej parti suci, berdikari, hidup dengan derma rakyat. Bersatu pula nak tonjol imej parti kaya, penyelamat gabungan.

Sanusi balas dengan sindiran paling pedas iaitu “Lawak sungguh, duit tu bagi kat siapa?” ayat yang terus menikam jantung dakwaan Marzuki.

Dalam erti lain, kalau benar Bersatu hulur duit, mesti ada bukti penerima. Kalau tiada, itu sekadar cerita politik versi ‘angin lalu’.

Pertelingkahan ini sebenarnya bukan soal resit atau buku akaun semata. Ia dedahkan perebutan pengaruh dalam PN.

Pas mahu dilihat sebagai dominan kerana kejayaan PRU15 banyak datang dari jentera mereka.

Bersatu pula takut imejnya ditelan, lalu cuba jual naratif kononnya mereka yang jadi ‘bank utama’ gabungan.

Akhirnya, rakyat jadi saksi drama ‘berebut siapa bayar belanja dapur’ antara dua pasangan PN yang konon bahagia.

Soalan sinis pun muncul iaitu kalau bab duit kempen pun tak seragam, macam mana nak urus duit negara?

Sekiranya sesama sendiri pun saling tuduh siapa tanggung siapa, apa jadi kalau mereka diberi amanah urus perbendaharaan negara?

PN nampak macam kapal yang ada dua nakhoda, tapi masing-masing sibuk kira siapa beli minyak, bukan arah nak bawa kapal.

Apa pun pertelingkahan ini telah membuka bibit-bibit ‘perceraian’ kedua parti itu dan rakyat menjadi saksinya.

Mungkin inikah kesan dari doa qunut nazilah yang dibaca oleh Ahli Parlimen Jasin.

Bagaimanapun hanya Allah sahaja yang mengetahuinya.

Related Posts

Pantun PMX bukan sekadar madah, isyarat bahtera MADANI kekal teguh

Di sebalik rangkap pantun yang dimuat naik Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Facebook, tersirat satu mesej politik yang jelas iaitu perbezaan pandangan tidak harus diterjemahkan sebagai perpecahan, sebaliknya…

Lebih lanjut

teruskan membaca
KWAP rugi RM200 juta, siapa sebenarnya meluluskan pelaburan?

Oleh: Hanapi Jusoh SEJAK isu pelaburan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) dalam eFishery menjadi perhatian, ada pihak yang terus menuding jari kepada Perdana Menteri (PMX). Tetapi persoalannya, adakah tuduhan itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

BN pertaruh manifesto berteraskan sembilan fokus utama

BN pertaruh manifesto berteraskan sembilan fokus utama

Kerjasama BN-PN ibarat Titanic, tunggu masa karam – Hannah Yeoh

Kerjasama BN-PN ibarat Titanic, tunggu masa karam – Hannah Yeoh

45 asnaf sekitar Mukah terima sumbangan Saberkas Prihatin

45 asnaf sekitar Mukah terima sumbangan Saberkas Prihatin

Tender semula BELB RM30 juta, jamin bekalan elektrik stabil – Andi Suryady

Tender semula BELB RM30 juta, jamin bekalan elektrik stabil – Andi Suryady

Kebun buah, rumah stor jadi lokasi simpan senjata RM360,000

Kebun buah, rumah stor jadi lokasi simpan senjata RM360,000

Klopp rasmi pengendali baharu Jerman

Klopp rasmi pengendali baharu Jerman