Konflik Thailand-Kemboja masuk siri baharu

PHNOM PENH – Konflik kembali memuncak di sempadan selepas Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet mendakwa Thailand menghalang lebih 20 keluarga kembali ke kampung halaman mereka di kawasan perbatasan yang menjadi pertikaian sejak beberapa bulan lalu.

Dakwaan itu dibuat menerusi surat dihantar kepada Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres pada Khamis, kira-kira dua bulan selepas perjanjian gencatan senjata dicapai bagi meredakan ketegangan di sempadan yang telah meragut 43 nyawa.

“Tentera Thailand bertindak mendirikan pagar kawat berduri dan penghadang serta mengusir orang awam secara paksa dari kawasan yang sekian lama didiami mereka di dua perkampungan di wilayah Banteay Meanchey sejak bulan lalu.

“Ratusan lagi isi rumah diancam langkah pengusiran tersebut. Askar mereka juga mahu merampas kawasan di 17 lokasi lain di sepanjang sempadan,” menurutnya seperti dilapor AFP.

Beliau turut meminta Malaysia selaku Pengerusi ASEAN supaya mendesak Bangkok agar tidak menggunakan kekerasan terhadap orang awam dan menghentikan rancangan pengusiran paksa.

Tentera Thailand dikatakan bertindak menghalang akses itu selepas mereka menuduh kumpulan orang awam tersebut ‘menceroboh’ wilayah negara berkenaan.

Pada Rabu, tembakan peluru getah dan pemedih mata dilepaskan ke arah ratusan penunjuk perasaan yang menyertai bantahan di perkampungan sempadan yang didakwa turut mencederakan hampir 30 orang.

Sementara itu, jurucakap tentera Thailand, Winthai Suvaree menjelaskan, orang awam yang terbabit insiden protes itu didapati menduduki tanah negara itu secara haram untuk tempoh lama.

Related Posts

Anwar bincang konflik Gaza, ketegangan di Asia Barat dengan pemimpin BRICS

NEW DELHI – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil kesempatan di sela-sela majlis makan malam bersempena dengan Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS ke-18 untuk berbincang dengan beberapa pemimpin dunia mengenai…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

NEW DELHI – Malaysia menyeru semua pihak yang terbabit dalam konflik di Asia Barat supaya menghentikan peningkatan ketegangan dan kembali menggunakan saluran diplomasi bagi mencari penyelesaian, kata Perdana Menteri, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PRU16: Demi rakyat atau elak lebih ramai pemimpin UMNO didakwa rasuah?

PRU16: Demi rakyat atau elak lebih ramai pemimpin UMNO didakwa rasuah?

Lima ditahan ganggu tugas penguat kuasa di Tasek Bera

Lima ditahan ganggu tugas penguat kuasa di Tasek Bera

Anwar tegaskan Malaysia tidak jadi laluan kargo sokong operasi ketenteraan Israel

Anwar tegaskan Malaysia tidak jadi laluan kargo sokong operasi ketenteraan Israel

AMK Miri tuntut UMNO bertanggungjawab, tidak normalisasi penghinaan agama

AMK Miri tuntut UMNO bertanggungjawab, tidak normalisasi penghinaan agama

Rakyat Malaysia di Yaman diminta kekal di lokasi selamat

Rakyat Malaysia di Yaman diminta kekal di lokasi selamat

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang