Banjir Sabah: Tiada wabak dikesan, pemantauan kesihatan awam diteruskan – Dr Dzul

PUTATAN – Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad mengesahkan bahawa tiada sebarang wabak penyakit dikesan di kawasan terjejas banjir di Sabah setakat ini.

Beliau turut melakukan lawatan ke enam daerah yang menubuhkan Pusat Penempatan Sementara (PPS) iaitu Beaufort, Penampang, Putatan, Papar, Membakut dan Sipitang bagi meninjau keadaan kesihatan awam mangsa banjir serta tanah runtuh yang ditempatkan di PPS berkenaan.

“Juga saya mahu sebutkan bahawa lawatan ini sekali gus kita mahu perhatikan supaya mangsa-mangsa diberikan pemantauan kesihatan yang baik.

“Sehingga ini saya tidak dapat saksikan apapun, tiada wabak hanya kes-kes yang ringan seperti jangkitan saluran pernafasan (URTI) dan sebagainya sahaja, tidak ada apa apa,” katanya dalam sidang media selepas melawat PPS di Dewan PPR Sri Keramat, Putatan di sini pada Khamis.

Bagaimanapun, katanya pemantauan kesihatan akan terus dilaksana pasukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam memastikan kesihatan awam sentiasa dalam keadaan baik.

“Kita akan terus memantau, pasukan kesihatan awam kami akan terus membuat pemantauan dan kita mengharapkan ia akan kita susuli supaya selepas banjir ini juga adalah mustahak untuk kita susuli khasnya denggi dan sebagainya,” ujarnya.

Jelasnya, beliau juga akan mengadakan lawatan fasiliti yang terjejas akibat banjir di beberapa klinik desa (KD) seperti KD Gadong papar, KD Kota Kinabalu dan KD Membakut pada esok.

Sebelumnya, beliau juga sempat menziarahi dan menyampaikan sedikit sumbangan kepada keluarga mendiang Emily Johnny, seorang kakitangan KKM yang terkorban dalam insiden tanah runtuh di Kampung Mook pada 15 September lepas.

Related Posts

Pendapatan nelayan Tasik Gubir terjejas akibat air surut

SIK – Keadaan air Tasik Gubir di Empangan Muda, di sini yang surut susulan cuaca panas dan musim kemarau menjejaskan pendapatan nelayan darat di kawasan itu apabila hasil tangkapan ikan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Amirudin seru semarak Maulidur Rasul dengan kasih sayang, ukhuwah

SHAH ALAM – Semangat sambutan Maulidur Rasul wajar diterjemahkan melalui amalan kasih sayang bagi mewujudkan kehidupan yang lebih harmoni dan saling menghormati, kata Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pendapatan nelayan Tasik Gubir terjejas akibat air surut

Pendapatan nelayan Tasik Gubir terjejas akibat air surut

Amirudin seru semarak Maulidur Rasul dengan kasih sayang, ukhuwah

Amirudin seru semarak Maulidur Rasul dengan kasih sayang, ukhuwah

Muhasabah, akhlak baik kunci umat Islam tampil sebagai teladan – PM

Muhasabah, akhlak baik kunci umat Islam tampil sebagai teladan – PM

Polis nafi dakwaan kes culik wanita di Karak

Polis nafi dakwaan kes culik wanita di Karak

68 rumah terima bantuan awal, rosak akibat kejadian ribut

68 rumah terima bantuan awal, rosak akibat kejadian ribut

Cadangan audit forensik FELDA akan dibawa ke Kabinet – PM

Cadangan audit forensik FELDA akan dibawa ke Kabinet – PM