Persembahan pelbagai budaya warnai sambutan Hari Malaysia 2025

BUTTERWORTH – Lebih 10,000 orang membanjiri PICCA Convention Centre@Butterworth Arena malam tadi bagi meraikan sambutan Hari Malaysia 2025 yang berlangsung penuh meriah dengan persembahan budaya, pameran dan pelbagai aktiviti untuk seisi keluarga.

Acara anjuran Kerajaan Persekutuan dengan kerjasama Kerajaan Negeri Pulau Pinang itu membawa tema “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni”. Ia dimulakan dengan persembahan pembukaan Rentak Tradisi Pulau Mutiara yang menonjolkan kekayaan seni dan warisan negeri berkenaan.

Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ramli Ngah Talib, menyempurnakan simbolik perasmian sambutan. Turut hadir Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas; dan Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir. Shahelmey Yahya.

Majlis diteruskan dengan acara menandatangani Buku Khas Sambutan Hari Malaysia 2025 serta upacara memotong kek Hari Malaysia ke-62. Perdana Menteri turut menyampaikan hadiah utama program “Gerakan Bersama Malaysiaku” berupa sebuah kereta Proton e.MAS, Proton X70, dan sebuah motosikal Modenas kepada tiga pemenang bertuah.

Sorakan penonton memuncak apabila persembahan utama bertajuk “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni” dipentaskan dengan iringan Orkestra Tradisional Malaysia Istana Budaya, nyanyian lima artis popular tanah air serta tarian berwarna-warni oleh lapan kumpulan budaya dan etnik seluruh Malaysia. Malam kemuncak diakhiri dengan pertunjukan bunga api.

Selain persembahan, pelbagai aktiviti turut diadakan antaranya pameran “Menelusuri Zaman’, galeri foto, DJ Corner RTM & Astro Audio KITA FM, Kempen Internet Selamat, demonstrasi makanan dan pakaian tradisional, pertandingan mewarna keluarga, kuiz interaktif Kahoot serta jualan trak makanan.

Sambutan kali ini bukan sahaja meraikan kepelbagaian budaya, tetapi juga menegaskan mesej perpaduan dan semangat kebersamaan rakyat Malaysia di bawah gagasan Malaysia MADANI.

Hadir sama, Menteri Komunikasi merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2025, Datuk Fahmi Fadzil, Ketua Menteri Pulau Pinang merangkap Pengerusi Bersama Sambutan Hari Malaysia 2025, Chow Kon Yeow, Menteri-Menteri Kabinet, kepimpinan Kerajaan Pulau Pinang, Kerajaan Sabah dan Sarawak.

Related Posts

Anwar saman Tuan Ibrahim berhubung dakwaan kenyataan fitnah

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan saman fitnah terhadap Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, berhubung kenyataan yang didakwa dibuat ketika satu ceramah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar saman Tuan Ibrahim berhubung dakwaan kenyataan fitnah

Anwar saman Tuan Ibrahim berhubung dakwaan kenyataan fitnah

Rozabil balas sindiran bekas MB, ungkit Pas tinggalkan MN

Rozabil balas sindiran bekas MB, ungkit Pas tinggalkan MN

Anwar selamat menjalani pembedahan hernia, kini dalam proses pemulihan

Anwar selamat menjalani pembedahan hernia, kini dalam proses pemulihan

PN cadang sidang khas RCI Tabung Haji ditangguh susulan kesihatan PM

PN cadang sidang khas RCI Tabung Haji ditangguh susulan kesihatan PM

Bulan dan bintang hilang: Ke mana perginya para ‘Hero Malaya’?

Bulan dan bintang hilang: Ke mana perginya para ‘Hero Malaya’?

Pas fikir perpaduan, dia nampak setakat ibu jari kaki – Bekas MB Perlis

Pas fikir perpaduan, dia nampak setakat ibu jari kaki – Bekas MB Perlis