Mazlina jadi inspirasi jururawat – Dr Dzulkefly

KESUNGGUHAN dan dedikasi seorang jururawat menyantuni pesakit menjadi lambang jiwa murni rakyat Malaysia yang berganding bahu membina negara.

Semangat itulah yang mengangkat nama Mazlina Badrun Asad, 36, dari Kuala Kangsar, Perak, ke tempat kedua Pertandingan Gerakan Bersama Malaysiaku sempena Sambutan Hari Malaysia 2025 di Pulau Pinang, Selasa malam.

Jururawat Klinik Desa Laneh, Kuala Kangsar itu membawa pulang hadiah sebuah Proton X70.

Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad, dalam hantaran Facebooknya pada Rabu menzahirkan ucapan tahniah kepada Mazlina yang disifatkan sebagai inspirasi kepada seluruh warga kesihatan.

“Dedikasi Puan Mazlina dalam menyantuni pesakit dengan penuh kasih sayang melambangkan jiwa murni rakyat Malaysia yang sentiasa berganding bahu membina negara.

“Pengiktirafan ini bukan sahaja penghormatan kepada beliau secara peribadi, tetapi kepada seluruh warga kesihatan yang berkorban masa, tenaga dan jiwa demi kesejahteraan rakyat,” katanya.

Dr Dzulkefly turut menyifatkan jururawat sebagai tulang belakang sistem kesihatan negara serta wira yang jarang didendangkan tetapi jasa mereka sentiasa terpahat dalam kehidupan rakyat.

Mazlina ketika dihubungi The Malaysia Press (TMP) menyifatkan kemenangannya sebagai rezeki tidak diduga dan menjadi pembakar semangat untuk terus berkhidmat.

“Syukur di atas kemenangan ini walaupun saya tidak pernah terfikir akan memenanginya.

“Hadiah ini amat bermakna terutama ketika negara menyambut kemerdekaan ke-68.

“Saya harap kemenangan ini memberi semangat untuk saya kekalkan komitmen dalam kerjaya jururawat,” katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada pegawai Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) kawasan Parlimen Padang Rengas, Intan Haswanie Mahammad Wahab, yang banyak membimbing dan memberi dorongan sepanjang penyertaannya.

Tempat pertama pertandingan dimenangi oleh pekebun dari Serian, Sarawak, Danken Philip, yang membawa pulang kenderaan elektrik (EV) Proton e.Mas.

Hadiah disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan disaksikan Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil.

Related Posts

KMKK tonggak utama kelestarian alam sekitar peringkat akar umbi

LIMBANG – Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan menyarankan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) menjadi barisan hadapan bagi memelihara alam sekitar peringkat akar umbi. Beliau berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RCI Tabung Haji: Kalau salah mesti didakwa – Anwar

TAMPIN – Tiada mana-mana individu akan dilindungi sekiranya didapati bersalah berdasarkan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Tabung Haji. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, prinsip kerajaan jelas iaitu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jangan kaitkan institusi diraja dalam kempen PRN – Istana Negeri Sembilan

Jangan kaitkan institusi diraja dalam kempen PRN – Istana Negeri Sembilan

KMKK tonggak utama kelestarian alam sekitar peringkat akar umbi

KMKK tonggak utama kelestarian alam sekitar peringkat akar umbi

RCI Tabung Haji: Kalau salah mesti didakwa – Anwar

RCI Tabung Haji: Kalau salah mesti didakwa – Anwar

Jalan gelap, ATM jauh jejas kehidupan harian penduduk Rompin

Jalan gelap, ATM jauh jejas kehidupan harian penduduk Rompin

Kisah Tompok cerminan nilai kemanusiaan dan keprihatinan warga Miri

Kisah Tompok cerminan nilai kemanusiaan dan keprihatinan warga Miri

Akibat campur tangan politik berlebihan, FELDA rugi RM10 bilion

Akibat campur tangan politik berlebihan, FELDA rugi RM10 bilion