Hari Malaysia 2025: Maxim eratkan perpaduan di Sarawak melalui program amal

KUCHING – Sempena sambutan Hari Malaysia 2025, Maxim E-hailing meneruskan tradisi tahunannya dengan melaksanakan pelbagai program amal di Kuching, Bintulu, Sibu dan Miri. 

Inisiatif yang memasuki tahun kelima ini menjadi bukti komitmen syarikat dalam menyemarakkan semangat patriotik serta memperkukuh ikatan dengan komuniti setempat.

Di Kuching, konvoi pemandu Maxim mengunjungi Splendid Care Center dengan membawa sumbangan makanan. 

Mereka turut bergotong-royong mengecat, mengemas dan berkebun bersama penghuni pusat jagaan tersebut. Usaha ini bukan sahaja meringankan beban warga emas, malah turut menceriakan suasana menjelang sambutan Hari Malaysia.

Sementara itu, di Bintulu lebih 15 pemandu rakan kongsi hadir di Methodist Children’s Home dengan membawa kelengkapan sekolah seperti beg, alat tulis dan kalkulator. Program yang diadakan sehari sebelum Hari Malaysia ini turut disokong Hospital Bintulu menerusi kempen derma darah, sekali gus memperluas manfaat kepada masyarakat.

Di Sibu pula, pemandu Maxim menyalurkan barangan makanan asas termasuk beras, gula, minyak masak dan telur kepada lebih 25 pelajar Darul Uloom Islamiyyah. Program ini disemarakkan dengan kibaran Jalur Gemilang dan simbol patriotik lain yang menzahirkan rasa kebanggaan terhadap tanah air.

Manakala di Miri, Maxim bekerjasama dengan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (MRC) bagi menjayakan program derma darah yang turut dihadiri Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan I (Pelancongan), Datuk Sebastian Ting. Pemandu serta kakitangan tampil dengan pakaian tradisional pelbagai kaum selain membuka booth promosi untuk pengunjung yang hadir.

Ketua Bandar Maxim Miri, Gary Lim berkata, sambutan Hari Malaysia memberi peluang kepada syarikat untuk berkongsi kegembiraan bersama masyarakat. 

“Ia bukan sekadar sumbangan, tetapi tentang kehadiran kami, membina hubungan dan memberi impak positif,” katanya.

Related Posts

Surau Ad-Dhuha lokasi Reachout Komuniti Sungai Lembing

KUANTAN – Seramai 50 sukarelawan menyertai program Reachout Komuniti di Surau Ad-Dhuha, Kuala Kenau, dekat sini, hari ini. Program itu anjuran bersama Majlis Tindakan Sosial Pahang (MTSP) Paya Besar, Majlis…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PKR Masjid Tanah tampil calon muda, bukti komitmen bawa perubahan 

MASJID TANAH – PKR Cabang Masjid Tanah memberi bayangan bakal menampilkan barisan calon muda pada pilihan raya akan datang sebagai usaha membawa pembaharuan politik yang lebih dekat dengan denyut nadi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Surau Ad-Dhuha lokasi Reachout Komuniti Sungai Lembing

Surau Ad-Dhuha lokasi Reachout Komuniti Sungai Lembing

RM50 juta dana PTPK sokong pelaksanaan TVET 2.0

RM50 juta dana PTPK sokong pelaksanaan TVET 2.0

Trump arah ketua perisikan sementara pecat kakitangan

Trump arah ketua perisikan sementara pecat kakitangan

Orang politik tunggang krisis diraja Negeri Sembilan?

Orang politik tunggang krisis diraja Negeri Sembilan?

PKR Masjid Tanah tampil calon muda, bukti komitmen bawa perubahan 

PKR Masjid Tanah tampil calon muda, bukti komitmen bawa perubahan 

Permohonan undi pos PRN Johor dibuka

Permohonan undi pos PRN Johor dibuka