Jun Hao ‘tenang’ atasi Ginting

PEMAIN perseorangan lelaki nombor satu negara, Leong Jun Hao melakar kejutan menumbangkan jaguh Indonesia, Anthony Sinisuka Ginting di pusingan pertama Masters China, hari ini.

Jun Hao tampil dengan persembahan menarik apabila menewaskan bekas pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik itu 21-19, 5-21, 21-10 dalam tempoh hampir sejam.

“Hari ini saya bermain dengan lebih sabar. Bukan senang melawannya, apatah lagi dalam keadaan gelanggang yang berangin.

“Ia lebih sukar kerana dia lebih berpengalaman dan pandai untuk ‘mencuri’ mata.

“Jadi, saya rasa saya berjaya bertahan dengan lebih baik dan kekal sabar,” katanya selepas perlawanan kepada Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

Mengulas mengenai kekalahan besar 5-21 pada set kedua, Jun Hao mengakui ia adalah sebahagian strategi untuk menyimpan tenaga selepas ketinggalan jauh.

“Apabila dia sudah mendahului jauh pada set kedua, lebih baik saya ‘lepaskan’ set itu dan memberikan fokus sepenuhnya pada set ketiga,” katanya.

Kemenangan itu yang kedua berturut-turut Jun Hao ke atas Ginting, sekali gus menyamakan rekod pertemuan 2-2.

Menantinya di pusingan kedua esok pemain China, Li Shi Feng, lawan yang menyingkirkannya pada suku akhir Terbuka Hong Kong minggu lalu.

Related Posts

Chelsea pamer karakter pemusnah, kalahkan Leeds 6-3

CHELSEA bangkit daripada ketinggalan dua gol untuk menewaskan Leeds 6-3 dalam aksi pusingan ketiga Piala Liga di Stamford Bridge, awal pagi tadi. Skuad bimbingan Xabi Alonso hampir tersingkir selepas gol…

Lebih lanjut

teruskan membaca
FIFA, AFC pantau pemilihan FAM

PERSEKUTUAN Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) sentiasa memantau proses pemilihan jawatankuasa tertinggi badan induk bola sepak yang bernaung di bawah mereka, termasuk Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM). Perkara…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PH cakap rasuah, UMNO jawab soal Raja – AMK

PH cakap rasuah, UMNO jawab soal Raja – AMK

NRES jamin aspek adaptasi tidak diketepikan dalam RUU Perubahan Iklim Negara

NRES jamin aspek adaptasi tidak diketepikan dalam RUU Perubahan Iklim Negara

Pasangan kekasih positif dadah ditahan selepas bergaduh

Pasangan kekasih positif dadah ditahan selepas bergaduh

90 ketua cawangan Kangar tinggalkan Bersatu

90 ketua cawangan Kangar tinggalkan Bersatu

Chelsea pamer karakter pemusnah, kalahkan Leeds 6-3

Chelsea pamer karakter pemusnah, kalahkan Leeds 6-3

Warga emas dilaporkan hilang selepas pergi ke kebun

Warga emas dilaporkan hilang selepas pergi ke kebun