Siasatan motif ugutan lucah ahli politik sedang diperhalusi PDRM

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah menerima empat laporan polis mengenai ugutan melibatkan video lucah, dijana beradaskan kecerdasan buatan (AI) yang telah diterima beberapa ahli politik.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, pihaknya ketika ini masih menjalankan siasatan secara terperinci berkaitan motif yang dilakukan oleh penjenayah.

Beliau menegaskan, polis juga sedang meneliti semua kemungkinan termasuklah unsur kewangan, politik serta niat jahat di sebalik ugutan terbabit.

“Kita menerima 10 perkara yang berkaitan dengan isu ugutan siber namun cuma empat sahaja yang telah dilaporkan kepada pihak polis.

“Sehubungan itu, kita sedang menjalankan siasatan terhadap perkara ini, segala perkembangan akan kita maklumkan kepada pihak berkaitan.

“Masih dalam siasatan (jika ia bermotifkan politik) kerana isu sebegini kadangkala ada pihak tertentu yang ingin mengambil kesempatan untuk membuat ugutan kepada individu tertentu bagi tujuan kewangan dan sebagainya,” katanya pada sidang media di Dewan Pengaman Pusat Latihan Polis (Pulapol), pada Rabu.

Ahad lalu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M Kumar dilaporkan berkata, semua laporan dibuat selepas mangsa menerima e-mel daripada pihak tidak dikenali yang menuntut bayaran AS$100,000 (RM422,000) dengan ancaman menyebarkan video palsu berunsur lucah menggunakan wajah mereka.

Menurutnya, kes pertama dilaporkan Ahli Parlimen Subang, Wong Chen, pada 12 September lalu selepas menerima e-mel berkenaan.

“Sekiranya permintaan tidak dipatuhi dalam tempoh tiga hari, video palsu berunsur lucah menggunakan wajah beliau akan disebarkan di media sosial.

“Kes kedua membabitkan Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Nelson W Angang, yang turut menerima e-mel dengan ancaman sama,” katanya.

Kumar berkata, kes ketiga dan keempat pula dilaporkan oleh ADUN Kulim, Wong Chia Zhen, serta Ahli Parlimen Sungai Petani, Mohammed Taufiq Johari.

“Kedua-duanya menerima e-mel dengan modus operandi sama iaitu menuntut bayaran AS$100,000 dengan ancaman menyebarkan video palsu berunsur lucah menggunakan wajah mereka,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 385 Kanun Keseksaan kerana memeras ugut serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian.

Dalam pada itu, Mohd Khalid berkata pihaknya juga akan memanggil beberapa pihak bagi membantu siasatan terhadap Presiden Persatuan Belia Baru Universiti Malaya (Umany), Tang Yi Ze, yang didakwa mengeluarkan kenyataan mencadangkan pemansuhan program matrikulasi.

Menurutnya, setakat ini polis menerima sekurang-kurangnya lima laporan berkaitan isu berkenaan.

“Kita akan panggil pihak-pihak yang berkaitan untuk dirakamkan percakapan mereka.

“Setakat ini, kita ada menerima empat hingga lima laporan polis,” katanya.

Related Posts

Projek SSMP tidak boleh terbengkalai kali keempat

PADANG BESAR – Projek Sekolah Sukan Malaysia Perlis (SSMP) di Bukit Chabang yang terbengkalai selama 11 tahun tidak boleh lagi berulang sehingga menjadi satu kebiasaan. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anjing liar: Penguatkuasaan diteruskan, namun mesti berperikemanusiaan – Amirudin

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor akan terus melaksanakan tindakan terhadap isu anjing liar yang boleh mengancam keselamatan awam, namun penguatkuasaannya mesti dilakukan secara berhemah, berperikemanusiaan dan tidak bersifat kejam. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Projek SSMP tidak boleh terbengkalai kali keempat

Projek SSMP tidak boleh terbengkalai kali keempat

Wan Rosdy anggap pemergian Mohd Radzi kehilangan besar UMNO Pahang

Wan Rosdy anggap pemergian Mohd Radzi kehilangan besar UMNO Pahang

PDRM Sabah perhebat kerjasama strategik dengan Polis Indonesia

PDRM Sabah perhebat kerjasama strategik dengan Polis Indonesia

Hajiji sampaikan bantuan YKS RM30,600 pada 102 KIR terjejas banjir

Hajiji sampaikan bantuan YKS RM30,600 pada 102 KIR terjejas banjir

Penduduk rayu tindakan segera atasi ancaman gajah liar di Batu Puteh

Penduduk rayu tindakan segera atasi ancaman gajah liar di Batu Puteh

Empat maut Ford Raptor dihempap pokok tumbang

Empat maut Ford Raptor dihempap pokok tumbang