Inkues: Zara tidak pernah mengadu masalah di asrama – Ketua Warden

KOTA KINABALU – Ketua Warden Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha, Azhari Abd Sagap, 31, memberitahu Mahkamah Koroner bahawa beliau tidak pernah menerima sebarang aduan daripada arwah Zara Qairina berhubung masalah yang dihadapinya di asrama.

“Sepanjang menjadi guru Bahasa Arab di kelas Tingkatan 1 Fatimah dan sebagai Ketua Warden Asrama, saya tidak pernah menerima apa-apa aduan daripada Zara berkenaan dengan apa-apa masalah yang dihadapinya di asrama tersebut,” katanya.

Dalam prosiding inkues pada Rabu, saksi kelapan itu menceritakan kejadian pada 16 Julai lalu apabila beliau menerima panggilan sekitar pukul 3.04 pagi daripada pengawal keselamatan, Linah Mansoding yang menjumpai arwah di bangunan asrama.

“Pada pukul lebih kurang 3.10 minit pagi, setibanya di bangunan asrama tersebut, saya melihat Zara terbaring di longkang asrama dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Pada pengamatan saya, saya melihat Zara dalam  keadaan bernafas seperti tidur berdengkur,” katanya semasa membaca pernyataan saksi dalam prosiding inkues kematian Zara di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan, di sini.

Kata beliau lagi, semasa kejadian dia bersama-sama dengan Linah dan lima pelajar asrama, yang kemudiannya beliau meminta mereka mengangkat Zara dari kawasan longkang ke kawasan terlindung yang rata iaitu di atas simen.

Menurutnya, semasa mengalihkan Zara, beliau nampak kesan darah di bucu longkang dan  kesan kecederaan pada bahagian pergelangan kaki arwah.

Azhari juga memberitahu, beliau membuat panggilan kecemasan 911 untuk mendapatkan bantuan pada pukul 3.17 pagi.

“Selepas itu, saya membuat panggilan kepada Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid iaitu Cikgu Asnie.

“Saya seterusnya telah pergi ke rumah pengetua iaitu Ustazah Shaharoom Hashim yang terletak berdekatan dengan asrama untuk memaklumkan kejadian tersebut.

“Saya juga telah cuba menghubungi nombor telefon ibu dan bapa Zara untuk memaklumkan kejadian tetapi tidak berjaya,” ujarnya.

Menurutnya, buat kali kedua, beliau menghubungi nombor 991 pada pukul 3.47 pagi dan Zara kemudiannya dibawa ke hospital oleh ambulans yang tiba sebelum pukul 4.00 pagi.

“Pada pukul 8.16 pagi, saya telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu berhubung kejadian yang berlaku di sekolah,” katanya  yang bertugas sebagai Ketua Warden Asrama sejak Februari 2025 di sekolah tersebut.

Azhari juga merupakan cikgu subjek Bahasa Arab dan Kelas Kemahiran Al-Quran di sekolah tersebut sejak bulan Jun 2020.

Related Posts

Bekalan tenaga kini cabaran besar dunia – PMX

SIPITANG – Isu bekalan tenaga kini menjadi antara cabaran terbesar yang dihadapi banyak negara di seluruh dunia, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau berkata, ketidak tentuan geopolitik dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar tegaskan keutamaan pembangunan Sabah termasuk daerah terpencil

SIPITANG – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan bahawa pembangunan di Sabah mesti dinikmati secara menyeluruh sehingga ke kawasan pedalaman dan daerah terpencil, bukan hanya tertumpu di bandar utama.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bekalan tenaga kini cabaran besar dunia – PMX

Bekalan tenaga kini cabaran besar dunia – PMX

Anwar tegaskan keutamaan pembangunan Sabah termasuk daerah terpencil

Anwar tegaskan keutamaan pembangunan Sabah termasuk daerah terpencil

Platform media sosial perlu bertindak pantas kekang berita palsu menjelang PRN – Fahmi

Platform media sosial perlu bertindak pantas kekang berita palsu menjelang PRN – Fahmi

PRN Sarawak: Komuniti Ngemah diseru terus bersatu padu

PRN Sarawak: Komuniti Ngemah diseru terus bersatu padu

Gadis pengsan ketika mendaki bukit bersama 18 rakan

Gadis pengsan ketika mendaki bukit bersama 18 rakan

Albert Tei terima pelawaan debat KP JKOM

Albert Tei terima pelawaan debat KP JKOM