Banjir Muallim: 397 penduduk berpindah

TANJUNG MALIM – Keadaan banjir di beberapa kawasan dalam daerah Muallim semakin memburuk apabila jumlah mangsa yang dipindahkan meningkat kepada 397 orang daripada 91 keluarga setakat jam 8 pagi, setakat Selasa.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Muallim, paras air Sungai Slim di Slim River telah melepasi tahap bahaya dengan bacaan 26.02 meter berbanding 25.4 meter sebelum ini.

Bacaan normal sungai tersebut ialah 23.5 meter.

Ujarnya, peningkatan paras air itu disebabkan hujan lebat berterusan sejak Ahad, menyebabkan arus deras dan beberapa kawasan kediaman penduduk mula dinaiki air.

“Empat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) telah dibuka bagi menempatkan penduduk terjejas.

“PPS Dewan Orang Ramai (DOR) Kampung Sungai Sekiah Batu 7 dengan bilangan mangsa, 158 mangsa daripada 40 keluarga.

“PPS DOR Kampung Pasir, 124 mangsa daripada 22 keluarga yang dibuka jam 11.30 pagi Isnin,” katanya.

Selain itu, tambahnya, PPS DOR Kampung Orang Asli Sungai Lembing, Behrang Stesen menempatkan 55 mangsa daripada 13 keluarga.

Manakala PPS Dewan Orang Ramai Kampung Pauh, menempatkan 60 mangsa daripada 16 keluarga.

Jabatan Meteorologi Malaysia turut memaklumkan beberapa daerah lain di Perak termasuk Larut, Matang dan Selama, Kinta, Hulu Perak, Kuala Kangsar serta Batang Padang dijangka mengalami ribut dan hujan pada pagi, petang hingga malam.

Sehubungan itu, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah menasihatkan orang ramai, terutama penduduk di kawasan rendah, agar berwaspada berikutan amaran hujan lebat berterusan sehingga malam ini.

Related Posts

Jalan Sim-Sim ditutup selepas tanah runtuh sepanjang 150 meter

SANDAKAN – Kejadian tanah runtuh sepanjang kira-kira 150 meter menyebabkan Jalan Sim-Sim berhampiran Tokong Cina Pau Kung, di sini, ditutup atas faktor keselamatan pada malam Sabtu. Ketua Balai Bomba dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
ESSCOM-AS tingkat kesiapsiagaan pengurusan kecemasan

SANDAKAN – Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) dan wakil Kedutaan Besar Amerika Syarikat di Kuala Lumpur memperkukuh kerjasama dua hala menerusi latihan bersama berkaitan pengurusan kecemasan. Komander ESSCOM, Datuk Victor…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jalan Sim-Sim ditutup selepas tanah runtuh sepanjang 150 meter

  • By Fandi
  • September 20, 2026
Jalan Sim-Sim ditutup selepas tanah runtuh sepanjang 150 meter

ESSCOM-AS tingkat kesiapsiagaan pengurusan kecemasan

  • By Fandi
  • September 20, 2026
ESSCOM-AS tingkat kesiapsiagaan pengurusan kecemasan

Nas agama bukan lesen memutihkan tafsiran politik

Nas agama bukan lesen memutihkan tafsiran politik

Ops Ekstrem: JPJ Sabah sita 13 kenderaan, airsus antara ubah suai dikesan

Ops Ekstrem: JPJ Sabah sita 13 kenderaan, airsus antara ubah suai dikesan

Parlimen Sepanggar wajar dipecah dua jika kerusi Sabah ditambah – Mustapha

Parlimen Sepanggar wajar dipecah dua jika kerusi Sabah ditambah – Mustapha

Tabung Najib ‘jarum halus’ UMNO halalkan rasuah – Wanita PKR

Tabung Najib ‘jarum halus’ UMNO halalkan rasuah – Wanita PKR