Hayati semangat kemerdekaan, Hari Malaysia dengan menolak politik sempit

PUTRAJAYA – Orang ramai diseru memaknai kemerdekaan dan Hari Malaysia dengan menolak politik sempit, membina ekonomi inklusif, menjaga kelestarian alam sekitar, selain memperkasa ‘persatuan rakyat’ tanpa mengira kaum atau agama.

Dekan Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Dr Lutfan Jaes berpandangan keamanan Malaysia adalah warisan yang mesti dipelihara oleh setiap masyarakat awam dengan tanggungjawab.

“Kejadian terkini khususnya kepada negara jiran kita di Indonesia sudah cukup untuk mengingatkan bahawa tanpa rasa hormat, ihsan dan kepercayaan antara kepimpinan kerajaan serta rakyat, sebuah negara boleh porak peranda ataupun runtuh.

“Oleh itu, marilah kita menghayati semangat dua tarikh keramat ini, 31 Ogos dan 16 September sebagai obor ingatan dan perjuangan di bawah payung Malaysia MADANI,” katanya kepada The Malaysia Press (TMP), pada Selasa.

Dalam pada itu, Lutfan berpendapat, masa depan Malaysia bergantung kepada sejauh mana rakyat menghayati nilai-nilai MADANI yang telah diperkenalkan oleh Kerajaan Persekutuan dalam kehidupan seharian.

Beliau memaklumkan, Malaysia MADANI telah menggariskan nilai persediaan kerangka moral, etika dan sosial untuk sebuah negara bangsa yang matang menghadapi masa hadapan walaupun negara ketika ini menghadapi cabaran lebih kompleks melibatkan hal ehwal globalisasi tanpa sempadan, persempadanan negara, krisis iklim, polarisasi sosial dan tuntutan persaingan ekonomi serantau.

“Nilai Kemampanan seharusnya memastikan pembangunan negara bukan sahaja beri manfaat hari ini, tetapi juga menjamin kelangsungan masyarakat pada masa hadapan. Apa dibina pada hari ini harus kekal lestari pada masa akan datang.

“Keupayaan negara dan rakyatnya untuk berdaya tahan telah diterjemahkan menerusi Rancangan Malaysia Ke 12 (RMK12). Ia memberi fokus kepada pembangunan seimbang di semua wilayah dan perlu menjadi usaha kemapanan berkesan sebelum negara kekal fokus kepada tuju arah RMK13.

“Isu kos sara hidup yang tinggi menjadi cabaran nilai kesejahteraan. Namun usaha jangka pendek dan sederhana seperti subsidi bersasar dan bantuan seperti Sumbangan Tunai Rahmah serta Skim Peduli Kesihatan MADANI (SPKM) adalah langkah kerajaan memastikan tiada rakyat terpinggir dalam arus kemajuan masa hadapan,” katanya.

Mengulas lanjut, Lutfan berkata, bangsa yang merdeka juga perlu mampu mencipta, berinovasi, serta menyesuaikan diri dengan perubahan zaman seperti diterapkan menerusi nilai daya cipta dengan menuntut keupayaan rakyat secara progresif dalam menghadapi cabaran dunia moden.

Pada masa sama, beliau menyeru pelbagai pihak untuk tidak lagi berdebat ‘kokse’ dengan mencetus perkara sensitif seperti isu kalimah Allah dan ketegangan yang melibatkan rumah-rumah agama, khususnya di media sosial.

“Nilai Hormat adalah mengiktiraf dan menerima kepelbagaian serta perbezaan dalam masyarakat. Diharapkan kita tidak lagi berdebat kusir sekali gus  Masyarakat malah pemimpin perlu lebih berjiwa besar dan berhikmah dalam menangani sensitiviti agama.

“Meyakini dan berusaha berdiri dengan akal budi sendiri, tanpa tunduk pada pengaruh luar merupakan tuntutan dalam nilai keyakinan. Isu terkait dengan integriti dalam pentadbiran misalnya kes rasuah berprofil tinggi menjadi ujian teliti kepada rakyat yang dahagakan ketelusan. Namun, Alhamdulilah beberapa kejayaan SPRM dalam mengambil tindakan tegas menambah semula keyakinan rakyat pada institusi.

“Nilai Ihsan pula semangat kemanusiaan yang menekankan kasih sayang, empati, dan keprihatinan sesama manusia serta alam sekitar. Dalam beberapa hal, kita boleh berbangga dengan pandangan serta pendirian kita dalam isu Gaza. Namun dalam konteks dalaman negara ia harus di pertingkatkan khususnya gejala polarisasi kaum serta agama yang boleh menghakis semangat perpaduan.

“Perkara itu dibuktikan menerusi Laporan Merdeka Center 2022 yang menunjukkan isu perkauman masih dilihat menjadi cabaran besar kepada perpaduan nasional sekiranya Kerajaan Persekutuan tidak ditangani dengan bijaksana dan holistik,” katanya.

Related Posts

Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

SANDAKAN – Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.0 berlaku di perairan Sandakan, Sabah pada jam 9.11 malam tadi. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi kenyataan di Facebook pada Isnin, memaklumkan gempa itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan Kelantan, Pentadbir Tanah Pasir Mas diperintah bayar ganti rugi RM17.46 juta

KOTA BHARU – Kerajaan Kelantan dan Pentadbir Tanah Daerah Pasir Mas diperintah membayar ganti rugi berjumlah RM17.46 juta kepada 348 peserta FELCRA Bukit Tandak berhubung pengeluaran tender pembalakan pokok getah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Imigresen serbu resort terbiar jadi pusat sindiket penipuan antarabangsa

Imigresen serbu resort terbiar jadi pusat sindiket penipuan antarabangsa

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

GRS sasar lebih 15 kerusi Parlimen Sabah pada PRU akan datang

GRS sasar lebih 15 kerusi Parlimen Sabah pada PRU akan datang

Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

  • By Fandi
  • October 6, 2026
Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

Kerajaan Kelantan, Pentadbir Tanah Pasir Mas diperintah bayar ganti rugi RM17.46 juta

Kerajaan Kelantan, Pentadbir Tanah Pasir Mas diperintah bayar ganti rugi RM17.46 juta

Pahang terbuka untuk jumpa bincang dengan wakil Berjaya Hills

Pahang terbuka untuk jumpa bincang dengan wakil Berjaya Hills