Hajiji ingatkan wakil rakyat, JPBD pantau rapat situasi banjir dan tanah runtuh

KOTA KINABALU – Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor mengingatkan semua wakil rakyat dan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) supaya memantau dengan rapat situasi bencana di kawasan masing-masing susulan banjir dan tanah runtuh yang menjejaskan beberapa daerah di negeri ini.

Beliau menyifatkan bencana kali ini antara yang terburuk kerana bukan sahaja banjir dan tanah runtuh, malah bekalan elektrik serta air juga terputus di banyak kawasan.

“Bukan saja banjir, malah tanah berlaku runtuh dan bekalan elektrik dan air juga terputus, agak teruk kali ini.

“Sebab itu kita batal sambutan Hari Malaysia esok kerana kita lebih prihatin untuk bantu mangsa yang terlibat di beberapa daerah yang dilanda bencana ini,” katanya dalam kenyataan media, pada Isnin.

Terdahulu, Hajiji turun padang meninjau keadaan mangsa banjir dan tanah runtuh di Penampang serta Putatan, termasuk melawat dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) iaitu di PPS Kampung Sarapung dan Dewan Seri Keramat.

Di PPS Kampung Sarapung, beliau turut menyampaikan bantuan tunai dan bakul makanan kepada 40 ketua isi rumah (KIR) mangsa terjejas, manakala di PPS Dewan Seri Keramat, Hajiji menyerahkan bantuan kepada 40 KIR sebelum meneruskan lawatan ke PPS Dewan PPR Seri Serigai yang menempatkan 56 KIR.

Ketua Menteri turut merakamkan penghargaan kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) yang menyalurkan RM10 juta bantuan tambahan, selain peruntukan RM11 juta daripada kerajaan negeri bagi membantu mangsa bencana.

Bantuan itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai tambahan
kepada peruntukan RM11 juta yang disediakan kerajaan negeri bagi menangani
bencana alam yang menimpa rakyat negeri ini.

Hajiji berkata, Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana Alam Negeri (JPBN) sentiasa bersiap siaga untuk memberikan bantuan segera kepada rakyat yang terjejas.

Related Posts

RCI baharu perlu ditubuh siasat pengurusan, operasi Tabung Haji antara 2021-2025

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) menggesa kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) baharu bagi menyiasat pengurusan dan operasi Lembaga Tabung Haji (TH). Ketika…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penangguhan RCI beri peluang TH laksana syor dicadang, pulihkan organisasi

KUALA LUMPUR – Penangguhan pendedahan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bertujuan memberi peluang kepada Lembaga Tabung Haji (TH) melaksanakan syor yang dicadangkan serta ruang dan masa untuk memulihkan organisasi itu.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pengeluaran pasport sah lebih 10 tahun dihentikan serta-merta

Pengeluaran pasport sah lebih 10 tahun dihentikan serta-merta

Keluar Dewan masuk TikTok, ini ‘level’ Ahli Parlimen pembangkang?

Keluar Dewan masuk TikTok, ini ‘level’ Ahli Parlimen pembangkang?

PPR Ampar Tenang selamat diduduki, KPKT jawab dakwaan

PPR Ampar Tenang selamat diduduki, KPKT jawab dakwaan

SPR sahkan tiada PRK Parlimen Subang

SPR sahkan tiada PRK Parlimen Subang

SADA laksana lawatan penanda aras Program Sarawakku Sayang Bahagian Sarikei

SADA laksana lawatan penanda aras Program Sarawakku Sayang Bahagian Sarikei

RCI baharu perlu ditubuh siasat pengurusan, operasi Tabung Haji antara 2021-2025

RCI baharu perlu ditubuh siasat pengurusan, operasi Tabung Haji antara 2021-2025