TYT Sabah, isteri zahir takziah kepada keluarga mangsa korban banjir, tanah runtuh

KOTA KINABALU – Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman dan isteri, Toh Puan Faridah Tussin menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa korban banjir dan tanah runtuh yang berlaku di negeri ini.

Beliau berkata, banjir besar yang melanda bukan sahaja meragut nyawa tetapi turut mengakibatkan kerosakan kepada kediaman, perniagaan dan infrastruktur di pelbagai kawasan.

“Dalam masa yang sukar ini, saya menyeru semua komuniti yang terjejas agar sentiasa berhati-hati, berwaspada dan mematuhi nasihat serta amaran pihak berkuasa.

“Marilah kita bersama-sama menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan, agar proses pemulihan dapat dilaksanakan melalui semangat ketabahan dan perpaduan kita,” katanya dalam perutusan sempena Hari Malaysia, pada Isnin.

Dalam perutusannya, Musa turut mengingatkan kepelbagaian kaum, budaya dan agama di Malaysia seharusnya menjadi kekuatan, bukan punca perpecahan.

Menurut beliau, perpaduan adalah asas yang membolehkan Malaysia kekal stabil dari segi politik dan terus maju sebagai sebuah negara.

Katanya, Sabah dan Sarawak memainkan peranan penting dalam pembentukan Malaysia dan sumbangan kedua-dua negeri itu amat besar dalam aspek kestabilan politik, pertumbuhan sosioekonomi serta kepelbagaian budaya negara.

Beliau juga menggesa usaha mengurangkan jurang ekonomi di Sabah diteruskan supaya pembangunan sampai ke setiap pelosok negeri tanpa ada rakyat yang tercicir.

Jelasnya, tiada ruang untuk sikap fanatik perkauman atau agama di negara kita sekiranya ingin maju bersama sebagai satu bangsa.

Musa seterusnya mengingatkan rakyat Malaysia, khususnya pemimpin politik, agar mengelak daripada mengejar keuntungan politik sempit yang boleh mencetuskan perpecahan.

“Janganlah mengejar keuntungan politik dengan menimbulkan perpecahan kaum atau agama dalam sebuah masyarakat yang harmoni.

“Sebaliknya, para pemimpin harus memberi tumpuan kepada dasar-dasar yang dapat memperkasakan rakyat dan memajukan negara.

“Pada Hari Malaysia ini, marilah kita memperbaharui komitmen kepada solidariti, keadilan dan kemakmuran.

“Bersama-sama, kita akan terus membina sebuah Malaysia yang aman, progresif dan tidak mudah goyah,” katanya.

Related Posts

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

IPOH – Pemuda Parti Amanah Perak menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meneliti sumber kekayaan yang dikaitkan dengan anak-anak bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berangkat ke New Delhi, India malam ini bagi menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS ke-18, selepas selesai lawatan kerja beliau di Sabah.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan