Sarawak pandang serius isu keselamatan LNG di Bintulu – Abang Johari

KUCHING – Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg menegaskan kerajaan Sarawak sentiasa memandang isu ancaman terhadap kemudahan gas asli cecair (LNG) di Bintulu.

Bagaimanapun, keadaan LNG di Bintulu masih selamat dan terkawal walaupun wujud ugutan kebakaran yang diterima baru-baru ini.

Beliau berkata, setakat ini tiada sebarang insiden berlaku, namun pihak berkuasa tetap meningkatkan pemantauan bagi memastikan keselamatan aset penting negara itu sentiasa terjamin.

“Walaupun keadaan tidak menimbulkan bahaya pada masa ini, kita tidak boleh leka. Mesej ugutan tersebut diterima seorang kakitangan Petronas dan sebaik sahaja maklumat itu diperoleh, langkah kesiapsiagaan terus dipertingkatkan,” katanya.

Abang Johari turut mengingatkan ancaman melalui media sosial sering bercampur dengan spekulasi atau fitnah, namun kerajaan Sarawak sentiasa berwaspada dalam menghadapi sebarang kemungkinan.

Menurut beliau, tahap keselamatan di Bintulu kini dipertingkat dengan pembinaan pangkalan tentera laut serta penempatan batalion tentera darat baharu yang berfungsi sebagai benteng tambahan bagi melindungi kawasan strategik berkenaan.

Beliau berkata demikian kepada media selepas meninjau Kompleks Perumahan Polis Tabuan Jaya pada Sabtu.

Sebelum ini, siasatan awal mendapati nombor telefon berkenaan didaftarkan di Indonesia.

Menurut Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa negara jiran itu.

Foto: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS)

Related Posts

Kerajaan Perak arah semakan menyeluruh operasi kuari Kuala Kangsar

IPOH – Kerajaan Perak mengarahkan semakan menyeluruh terhadap operasi sebuah kuari batu kapur di Mukim Kampung Buaya, Kuala Kangsar yang tular di media sosial, baru-baru ini. Menteri Besar Perak, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerja baik pulih paip bocor, seluruh daerah Matu dan Daro alami gangguan air

MUKAH – Penduduk di seluruh daerah Matu dan Kampung Nangar Besar, Daro dinasihatkan untuk menyimpan bekalan air secukupnya berikutan pelaksanaan kerja baik pulih paip utama yang bermula pada Ahad. Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan Perak arah semakan menyeluruh operasi kuari Kuala Kangsar

Kerajaan Perak arah semakan menyeluruh operasi kuari Kuala Kangsar

Tiada larangan, Sanusi boleh terus berkempen di Negeri Sembilan – Samsuri

Tiada larangan, Sanusi boleh terus berkempen di Negeri Sembilan – Samsuri

Kerja baik pulih paip bocor, seluruh daerah Matu dan Daro alami gangguan air

Kerja baik pulih paip bocor, seluruh daerah Matu dan Daro alami gangguan air

Lelaki ditahan, disyaki serang, ugut penguatkuasa MBI

Lelaki ditahan, disyaki serang, ugut penguatkuasa MBI

Anthony jadi Menteri Besar, kenyataan Asyraf Wajdi bercanggah Undang-Undang Tubuh Negeri

Anthony jadi Menteri Besar, kenyataan Asyraf Wajdi bercanggah Undang-Undang Tubuh Negeri

Kenyataan Sanusi bukti Pas gemar tunggang politik pecah belah

Kenyataan Sanusi bukti Pas gemar tunggang politik pecah belah