Lori ayam alami masalah brek, ragut nyawa wanita

KANGAR – Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dirempuh lori ayam yang mengalami masalah brek di persimpangan lampu isyarat Dato’ Ali, Jalan Kangar–Alor Setar di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd. Yusop berkata, dalam kejadian pukul 2.30 pagi itu, mangsa, Nurhanim Rabia’an, 28, meninggal dunia di lokasi selepas mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.

“Siasatan awal mendapati lori jenis Isuzu yang dipandu lelaki berusia 23 tahun datang dari arah Alor Setar menuju Kangar.

“Apabila tiba di persimpangan lampu isyarat merah, lori tersebut mengalami masalah brek dan gagal berhenti lalu merempuh kereta Proton Saga FL dipandu mangsa yang ketika itu melalui lampu hijau,” katanya di sini hari ini.

Impak pelanggaran itu menyebabkan pintu sebelah pemandu kereta mangsa kemek dan tercabut, cermin hadapan pecah serta bahagian kanan kenderaan remuk teruk.

Pemandu lori turut cedera di lutut kiri serta luka pada kedua-dua siku sebelum menerima rawatan di Zon Kuning, Jabatan Kecemasan Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar.

Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik HTF untuk untuk tindakan lanjut sebelum diserahkan kepada ahli keluarga bagi urusan pengebumian.

Related Posts

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

KOTA KINABALU – Ketika kanak-kanak lain seusianya bebas bermain tanpa memikirkan apa-apa, satu kejadian ketika berusia empat tahun mengubah kehidupan Nurhadrieyana Paiman.‎‎Insiden tercucuk pensil menyebabkan penglihatan mata kirinya terjejas, sekali…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

KUCHING – Hari Malaysia perlu dijadikan medan muhasabah nasional untuk menilai sejauh mana negara berjaya membina masyarakat yang matang, berwibawa dan berjiwa besar dalam mendepani cabaran semasa. Yang di-Pertua Negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

Malaysia-Maldives perluas kerjasama pertahanan, hal ehwal Islam – PM

Malaysia-Maldives perluas kerjasama pertahanan, hal ehwal Islam – PM

Malaysia beri lampu hijau prinsip kemudahan AS$100 juta untuk Maldives – PM

Malaysia beri lampu hijau prinsip kemudahan AS$100 juta untuk Maldives – PM