TI untung RM1.75 bilion, rakyat Terengganu dapat apa?

PAS melalui Harakahdaily baru-baru ini ghairah menguar-uarkan pencapaian Terengganu Incorporated Sdn Bhd (TI) yang mencatatkan hasil RM1.75 bilion bagi tahun 2024 – kononnya ‘kejayaan terbesar’ pentadbiran Pas dalam mengurus ekonomi negeri.

Mereka mendabik dada, seolah-olah angka itu bukti kecekapan pengurusan. Namun, di sebalik angka yang gah, rakyat perlu bertanya: apa manfaat sebenar yang sampai ke tangan rakyat Terengganu?

Angka besar, hidup rakyat masih tersepit

Pas mahu rakyat kagum dengan angka berbilion, tetapi hakikatnya Terengganu masih antara negeri termiskin di Malaysia. Kadar pengangguran belia kekal tinggi, ramai anak muda terpaksa berhijrah ke luar negeri mencari rezeki.

Kalau benar TI berjaya menjana keuntungan besar, mengapa masih wujud ratusan keluarga miskin tegar di Terengganu? Di mana letaknya ‘Berkat dan Sejahtera’ yang dijanjikan?

Keuntungan bukan hasil kebijaksanaan Pas semata

Hakikat yang cuba disorokkan Pas ialah pencapaian besar TI banyak bergantung pada faktor luaran – kenaikan harga minyak sawit mentah (CPO), aktiviti minyak dan gas yang dikuasai syarikat besar, serta sokongan dasar kerajaan pusat. Bukannya kerana kebijaksanaan luar biasa Pas mengurus. Kalau harga komoditi jatuh, mampukah Pas mengekalkan keuntungan?

CSR sekadar gula-gula

Pas berbangga kononnya TI telah menyalurkan RM12 juta untuk tanggungjawab sosial korporat (CSR). Namun jumlah itu hanyalah 0.68 peratus daripada hasil RM1.75 bilion terlalu kecil untuk dijadikan alasan bahawa kekayaan negeri dipulangkan kepada rakyat.

CSR bukan sekadar angka untuk publisiti, tetapi harus benar-benar memberi impak kepada pendidikan, kesihatan, dan peluang pekerjaan rakyat.

Perbandingan dengan negeri lain

Cuba lihat negeri-negeri lain di bawah pentadbiran Pakatan Harapan seperti Selangor dan Pulau Pinang.

Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) mereka bukan sahaja mencatat keuntungan besar, malah berjaya menjana ribuan peluang pekerjaan, pelaburan berterusan, dan program bantuan rakyat yang jelas dan telus.

Pas tidak boleh mendabik dada hanya kerana ‘sekali-sekala’ mencatat keuntungan, sedangkan rakyat bawahan tidak merasainya.

Soalan yang rakyat wajar tanya

  1. Adakah laporan kewangan TI diaudit secara bebas dan diumumkan kepada umum?
  2. Berapa banyak keuntungan itu digunakan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat miskin?
  3. Mengapa CSR terlalu kecil berbanding hasil yang diumumkan?
  4. Adakah keuntungan ini kekal mampan atau sekadar bergantung pada nasib pasaran global?

Pas cuba menjadikan angka RM1.75 bilion sebagai modal politik untuk menutup kelemahan mereka mentadbir negeri.

Namun angka tidak pernah menipu. Yang menipu ialah apabila keuntungan GLC diagungkan, sedangkan rakyat di kampung masih hidup susah, anak muda masih menganggur, dan peluang ekonomi hanya dinikmati kelompok kecil elit politik.

“Duk nyohor kabo syarikat GLC negeri untung, pahtu mende rakyat bulih? Koho basak ade, nge cukai tanah naik air naik, doh kalu untung bilion-bilion tu aci dok hapus cukai tanoh, tarif air turun, aci khepok paler?”

Rakyat Terengganu berhak menuntut jawapan: keuntungan besar itu untuk siapa sebenarnya untuk rakyat atau untuk menjaga imej politik Pas?

Related Posts

Korban jadi isu politik? Rakyat Kemaman berhak tanya soalan yang sama kepada Samsuri

ISU sumbangan lembu korban sekali lagi dijadikan modal politik oleh segelintir pihak untuk menyerang Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sumbangan korban di Tambun dan Permatang Pauh dipersoalkan, malah cuba…

Lebih lanjut

teruskan membaca
SOP pastikan ibadah korban lebih selamat dan terkawal perlu dilaksana secara pragmatik

AIDILADHA sentiasa membawa suasana penuh makna kepada umat Islam apabila masjid, surau dan kawasan kejiranan kembali hidup dengan pelaksanaan ibadah korban selain memperlihatkan semangat kebersamaan serta gotong-royong masyarakat dalam menghidupkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Trump dakwa lulus cemerlang ujian kognitif

Trump dakwa lulus cemerlang ujian kognitif

Gawai Dayak platform perkukuh perpaduan, warisan budaya dan daya saing rakyat Sarawak

Gawai Dayak platform perkukuh perpaduan, warisan budaya dan daya saing rakyat Sarawak

Dua maut dalam kemalangan berasingan di Batu Pahat

Dua maut dalam kemalangan berasingan di Batu Pahat

Sistem pendigitalan jadikan Baucar Buku MADANI rekod pencapaian luar biasa

Sistem pendigitalan jadikan Baucar Buku MADANI rekod pencapaian luar biasa

Agong terima menghadap, santap sarapan bersama Perdana Menteri

Agong terima menghadap, santap sarapan bersama Perdana Menteri

Tiada campur tangan pihak luar hentikan filem Konspirasi

Tiada campur tangan pihak luar hentikan filem Konspirasi