Tambahan kerusi Parlimen: Tuntutan Sabah dibincang dalam mesyuarat MTPMA63

KUCHING – Sabah membangkitkan isu keperluan menambah bilangan kerusi Parlimen bagi negeri itu dalam Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di sini pada Jumaat.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, Sabah mahu lebih banyak kerusi Parlimen diwujudkan di negeri itu selaras dengan semangat MA63 serta bagi melindungi kepentingan negeri dan rakyatnya.

“Secara prinsipnya, Perdana Menteri bersetuju tetapi perkara ini perlu dibincangkan secara terperinci di peringkat teknikal kerana ia akan melibatkan pindaan Perlembagaan Persekutuan.

“Inilah sebabnya hubungan baik antara Kerajaan Negeri dan Persekutuan amat penting,” katanya selepas mesyuarat berkenaan di Kompleks Satria Pertiwi, di sini.

Selain itu, Hajiji turut mencadangkan agar sektor pelancongan disenaraikan dalam senarai bersama (concurrent list) yang akan dibawa ke jawatankuasa teknikal untuk perbincangan lanjut.

Delegasi Sabah diketuai oleh Hajiji bersama Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan, Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam dan Datuk Shahelmey Yahya; Menteri Kewangan, Datuk Seri Masidi Manjun; Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Ariffin Arif; Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Seri Christina Liew; Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk James Ratib serta Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Sr Safar Untong.

Sementara itu, Hajiji turut mengalu-alukan pelancaran projek Lebuhraya Penghubung Sabah-Sarawak Fasa 2 (SSLR 2) bernilai RM7.6 bilion yang disifatkan sebagai langkah penting dalam memperkukuh jaringan hubungan antara dua negeri terbesar di Malaysia itu.

Jelasnya, projek tersebut bukan sahaja penting dalam meningkatkan keterhubungan lancar antara Sabah dan Sarawak, malah berperanan besar dalam merancakkan pertumbuhan ekonomi menerusi perdagangan dan pelancongan.

Delegasi Sarawak pula diketuai oleh Premier, Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Related Posts

Lima ADUN PH sah keluar Kerajaan Negeri Melaka, Ahli Majlis dan JPKK turut berundur

MELAKA – Pakatan Harapan (PH) Melaka mengesahkan keputusan lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) gabungan itu menarik diri daripada pentadbiran Kerajaan Negeri susulan pendirian menolak pindaan Enakmen Perlembagaan Negeri Melaka…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bersatu mahu ‘mufarakah’ daripada PN – Annuar

KEPUTUSAN Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bertanding menggunakan logo sendiri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan disifatkan sebagai tindakan memilih untuk ‘mufarakah’ atau berpisah daripada Perikatan Nasional (PN). Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lima ADUN PH sah keluar Kerajaan Negeri Melaka, Ahli Majlis dan JPKK turut berundur

Lima ADUN PH sah keluar Kerajaan Negeri Melaka, Ahli Majlis dan JPKK turut berundur

Bersatu mahu ‘mufarakah’ daripada PN – Annuar

Bersatu mahu ‘mufarakah’ daripada PN – Annuar

Kerajaan Perpaduan Perak kekal utuh hingga DUN dibubar – Saarani

Kerajaan Perpaduan Perak kekal utuh hingga DUN dibubar – Saarani

Program Perumahan Rakyat bukti komitmen kerajaan sedia kediaman selesa buat golongan sasar

Program Perumahan Rakyat bukti komitmen kerajaan sedia kediaman selesa buat golongan sasar

Polis trafik dipenjara 4 bulan terima rasuah guna akaun isteri

Polis trafik dipenjara 4 bulan terima rasuah guna akaun isteri

MCMC wajibkan kandungan berbahaya disekat dalam tempoh 24 jam

MCMC wajibkan kandungan berbahaya disekat dalam tempoh 24 jam