KPDN lancar inisiatif ‘Jom Cari Menu Rahmah’

KUANTAN – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) hari ini melancarkan inisiatif ‘Jom Cari Menu Rahmah’ yang diharap membantu mempromosikan Menu Rahmah di seluruh negara.

Timbalan Menteri KPDN, Datuk Dr Fuziah Salleh berkata, inisiatif itu juga bagi menghargai komitmen pengusaha makanan yang masih kekal menawarkan Menu Rahmah pada harga berpatutan.

Katanya, melalui inisiatif itu, masyarakat setempat dapat memperoleh maklumat lebih jelas dan capaian yang lebih mudah berhubung lokasi dan tawaran Menu Rahmah, sekali gus memastikan manfaatnya dapat dirasai oleh semua lapisan rakyat.

“Pelaksanaan ‘Jom Cari Menu Rahmah’ berperanan bukan sahaja sebagai wadah promosi lokasi Menu Rahmah di seluruh negara, malah turut memudahkan orang ramai mendapatkan maklumat terkini mengenai premis menyediakan menu berpatutan.

“Pada masa sama inisiatif ini akan memberi galakan kepada pengusaha yang masih komited untuk terus menawarkan hidangan pada harga berpatutan walaupun berdepan cabaran kos yang semakin meningkat,” katanyam

Pelancaran inisiatif ‘Jom Cari Menu Rahmah’ itu dilancarkan oleh Fuziah di Warung 5 Ringgit, Tanjung Gosong, Pekan, hari ini.

Fuziah berkata sehingga semalam, sebanyak 3,106 premis makanan dan minuman mendaftar sebagai pengusaha Menu Rahmah di seluruh negara.

Katanya, di Pahang seramai 401 pengusaha Menu Rahmah mendaftar, manakala di Pekan pula enam pengusaha menyertai program itu termasuk Warung 5 Ringgit yang menjadi lokasi simbolik pelancaran,

“Kewujudan Warung 5 Ringgit di Tanjung Gosong ini membuktikan pembabitan pengusaha restoran tempatan adalah pemangkin utama kepada kelangsungan inisiatif ini,” katanya.

Fuziah berkata inisiatif ‘Jom Cari Menu Rahmah’ bukan sahaja menampilkan hidangan berkualiti pada harga berpatutan, malah berperanan sebagai dorongan kepada lebih ramai pengusaha makanan untuk bersama menyahut usaha kerajaan dalam meringankan beban rakyat.

Related Posts

Sidang Dewan Rakyat berakhir, fokus beralih ke pelaksanaan 13 RUU baharu

KUALA LUMPUR – Persidangan Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Parlimen Ke-15 berakhir hari ini selepas 16 hari bersidang dengan tumpuan kini beralih kepada pelaksanaan 13 Rang Undang-Undang (RUU) yang telah diluluskan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MCMC wajibkan kandungan berbahaya disekat dalam tempoh 24 jam

KUALA LUMPUR – Kementerian Komunikasi menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) kini mewajibkan semua pemberi perkhidmatan berlesen mengambil tindakan segera terhadap kandungan memudaratkan, termasuk menyekat akses kepada kandungan berkeutamaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DAP tidak akan bergerak solo, perlukan gabungan

DAP tidak akan bergerak solo, perlukan gabungan

Kane masih kecewa England gagal ke final

Kane masih kecewa England gagal ke final

Kes disiplin, buli di sekolah perlu ditangani segera – PMX

Kes disiplin, buli di sekolah perlu ditangani segera – PMX

Pas punca tercetusnya Islamofobia – Amanah

Pas punca tercetusnya Islamofobia – Amanah

Bot kargo ditahan, tiga kru Indonesia disyaki salah guna PLKS

Bot kargo ditahan, tiga kru Indonesia disyaki salah guna PLKS

Inflasi Malaysia sedikit menyederhana kepada 1.9 peratus pada Jun

Inflasi Malaysia sedikit menyederhana kepada 1.9 peratus pada Jun