Kempen Internet Selamat: Tiada sekolah terpinggir dalam usaha lindungi generasi muda

SEBANYAK 107 Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) di seluruh Selangor dan Kuala Lumpur menyertai Kempen Internet Selamat (KIS) anjuran Suruhanjaya Komunikasi Multimedia (MCMC).

Perkara itu didedahkan oleh Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching yang berkata, kerjasama antara sekolah dengan MCMC penting dalam menangani jenayah siber melibatkan pelajar dan generasi muda.

“Dengan penyertaan 107 SJKT di Selangor & WP Kuala Lumpur, kita pastikan tiada sekolah terpinggir dalam usaha melindungi generasi muda daripada risiko dunia maya.

“Seronok tengok anak-anak kita teruja menyertai pelbagai aktiviti dari koir, persembahan kebudayaan sempena Hari Malaysia, pameran rakan strategik hingga ke permainan interaktif bertemakan digital & keselamatan siber.

“Paling membanggakan, 214 Kapten K-DAT dilantik hari ini untuk menjadi duta keselamatan siber di sekolah masing-masing.

“Mari kita terus pupuk budaya penggunaan Internet yang bijak dan bertanggungjawab demi masa depan anak-anak kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media di Karnival Kempen Internet Selamat yang dianjurkan dengan kerjasama Kementerian Pendidikan (KPM) dan Persatuan Guru Besar Tamil Malaysia di Shah Alam, pada Khamis.

Dalam pada itu, MCMC menerusi kenyataan berkata, Karnival Kempen Internet Selamat itu merupakan pendekatan strategik agensi itu dalam usaha memberi kesedaran dan memastikan tiada generasi muda khusunya pelajar sekolah menjadi mangsa dalam dunia digital.

“Karnival Kempen Internet Selamat itu juga bermatlamat memberi kesedaran kepada pelajar sekolah mengenai kepentingan untuk melindungi diri dalam talian, pemahaman terhadap risiko di alam siber serta galakan membudayakan penggunaan Internet yang bijak dan bertanggungjawab,” katanya.

Sebagai sebahagian daripada pengisian kempen ini pelbagai aktiviti menarik telah dilaksanakan antaranya persembahan Koir KIS terdiri daripada pelajar sekolah terlibat.

Selain itu, persembahan kebudayaan bersempena dengan Hari Malaysia serta pameran di reruai daripada rakan strategik MCMC seperti Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI); Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Selangor.,” katanya.

Malah, bagi mengukuhkan pemahaman peserta, pelbagai permainan interaktif juga disediakan sepanjang karnival ini berlangsung yang berteraskan digital dan keselamatan siber.

Related Posts

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

ALOR SETAR – Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) telah menyelesaikan sepenuhnya pembekalan 8,275 tan metrik baja urea bagi kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), lebih awal daripada tempoh ditetapkan. NAFAS memaklumkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

BALING – Taktik sindiket penyelewengan gas petroleum cecair (LPG) bersubsidi yang memilih lokasi terpencil di sebuah ladang kelapa sawit di Kuala Ketil, di sini gagal apabila kegiatan itu terbongkar pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

Pertahanan negara perlukan tambahan peruntukan hingga berbilion ringgit – Anwar

Pertahanan negara perlukan tambahan peruntukan hingga berbilion ringgit – Anwar