Pemuda UMNO Pahang nasihat Ka Siong cari isu lain

KUANTAN – Pemuda UMNO Pahang menasihatkan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong supaya berhenti mengelirukan orang ramai dalam isu kegagalan seorang pelajar cemerlang Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) mendapat tempat di institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

Ketua Penerangannya, Mustaqim Zakaria berkata, sikap ahli parlimen Ayer Hitam itu menggambarkan seolah-olah beliau tidak faham prosedur pengambilan pelajar IPTA untuk kursus tertentu.

“Ka Siong dilihat seperti cuba memancing simpati sedangkan penjelasan mengenai proses penilaian dan pengambilan pelajar sudah dilakukan pihak berkaitan.

“Dengan hanya menggunakan contoh satu kes pelajar yang gagal mendapat tempat, beliau seperti tidak faham dan tidak memahami gambaran sebenar di lapangan,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Isnin lalu, Ka Siong mengadakan sidang media bersama pelajar cemerlang STPM, Edward Wong yang kecewa kerana tidak mendapat tempat di Universiti Malaya (UM), walaupun memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan itu.

Bagaimanapun, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menjelaskan bahawa keputusan permohonan dibuat Wong itu diproses sistem Unit Pusat Universiti (UPU) dan ia bukanlah satu sistem baru, malah digunakan sejak sekian lama.

“Sistem UPU ini bukanlah sistem yang baru, Datuk Seri Wee Ka Siong sedia maklum dia pernah menjadi timbalan menteri pendidikan, bagaimana sistem UPU sudah pun digunakan sekian lama,” kata Zambry menerusi satu kenyataan, sehari selepas isu itu dibangkitkan Wee.

Mustaqim berpandangan sebagai ahli politik senior dan berpengalaman, Ka Siong seharusnya meminta maaf dan tidak terus memainkan isu yang jelas tidak kena dengan perkara sebenar.

“Masalahnya sekarang beliau seperti masih mahu ‘menegakkan benang yang basah’ di sebalik semua penjelasan diberikan pihak berkaitan.

“Mungkin Ka Siong boleh mencari isu lain dan meminta maaf saja dengan pihak KPT dan UM.

“Janganlah gunakan isu ini sebagai bahan politik untuk membina persepsi tertentu terhadap proses kemasukan pelajar ke IPTA,” jelasnya.

Related Posts

Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

LAHAD DATU – Jentera Gagasan Rakyat Lahad Datu diseru sentiasa berada dalam keadaan siap siaga dan turun padang mendekati masyarakat sebagai persediaan mendepani Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan datang. Ketua Bahagian…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerjasama politik perlu lebih fleksibel selepas PRU

KERJASAMA politik antara parti di Malaysia wajar diberikan lebih fleksibiliti selepas pilihan raya bagi membolehkan pembentukan kerajaan dibuat berdasarkan keputusan mandat rakyat, kata Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Perlis, Noor Amin…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Guna mata pukat kurang 38 milimeter, vesel pukat tunda ditahan

Guna mata pukat kurang 38 milimeter, vesel pukat tunda ditahan

Penjawat awam diingatkan tidak sambil lewa, terus tingkat keberkesanan – PM

Penjawat awam diingatkan tidak sambil lewa, terus tingkat keberkesanan – PM

SWCS rayu KPDN pertimbang kelayakan subsidi bahan api kenderaan kebajikan

SWCS rayu KPDN pertimbang kelayakan subsidi bahan api kenderaan kebajikan

Keharmonian muafakat Jemaah Menteri di tahap baik – PMX

Keharmonian muafakat Jemaah Menteri di tahap baik – PMX

RM454 juta memang rekod, tetapi jangan hilangkan RM1.9 bilion daripada cerita

RM454 juta memang rekod, tetapi jangan hilangkan RM1.9 bilion daripada cerita

Malaysia atasi banyak negara maju, ketiga terbaik dunia untuk didiami pada 2026

Malaysia atasi banyak negara maju, ketiga terbaik dunia untuk didiami pada 2026