Pertembungan BN, GRS, Warisan dan PH cerminan amalan demokrasi – Salzo Asa

SANDAKAN – Pertembungan politik antara Barisan Nasional (BN), Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Warisan dengan Pakatan Harapan (PH) yang berpadu bersama BN dan GRS merupakan amalan demokrasi yang perlu diraikan.

Naib Ketua UMNO Bahagian Libaran, Datuk Salzo Asa berkata, persaingan politik itu memberi peluang kepada rakyat untuk menilai visi, dasar dan calon yang diketengahkan setiap gabungan menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.

“Saya mengambil maklum dan menyokong penuh kenyataan Datuk Seri Salleh Said Keruak berhubung landskap politik negeri.

“Benar seperti ditegaskan beliau, politik matang bukanlah soal serangan peribadi, sebaliknya tentang persaingan idea dan dasar demi membangunkan Sabah,” katanya dalam satu kenyataan media, pada Rabu.

Beliau berkata, pemimpin wajar mempunyai hati besar dengan menghormati lawan, menghindari politik kebencian dan menumpukan sepenuhnya kepada kepentingan rakyat.

“Walaupun berbeza parti dan pegangan politik, sebagai rakyat Sabah kita mesti terus menjaga persahabatan serta perpaduan.

“Politik tidak sepatutnya memecahbelahkan rakyat, sebaliknya menjadi jambatan yang memperkukuhkan keharmonian,” katanya.

Salzo menambah, rakyat sebenarnya mengharapkan penyelesaian terhadap isu-isu utama seperti peluang pekerjaan, pertumbuhan ekonomi, kos sara hidup yang semakin mencabar, pembangunan infrastruktur seimbang serta masa depan generasi muda Sabah.

“Itulah tanggungjawab yang mesti kita perjuangkan bersama demi negeri tercinta,” ujarnya.

Related Posts

Kes disiplin, buli di sekolah perlu ditangani segera – PMX

NILAI – Isu disiplin termasuk kes buli dan penghinaan kaum di sekolah perlu ditangani dengan segera kerana ia mencerminkan kelemahan dalam sistem pendidikan sedia ada. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pas punca tercetusnya Islamofobia – Amanah

PUTRAJAYA– Kenyataan Setiausaha Pemuda MCA, Saw Yee Fung berhubung kerjasama politik Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) membuktikan sikap Pas sendiri menjadi punca tercetusnya persepsi Islamofobia di Malaysia. Setiausaha…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kane masih kecewa England gagal ke final

Kane masih kecewa England gagal ke final

Kes disiplin, buli di sekolah perlu ditangani segera – PMX

Kes disiplin, buli di sekolah perlu ditangani segera – PMX

Pas punca tercetusnya Islamofobia – Amanah

Pas punca tercetusnya Islamofobia – Amanah

Bot kargo ditahan, tiga kru Indonesia disyaki salah guna PLKS

Bot kargo ditahan, tiga kru Indonesia disyaki salah guna PLKS

Inflasi Malaysia sedikit menyederhana kepada 1.9 peratus pada Jun

Inflasi Malaysia sedikit menyederhana kepada 1.9 peratus pada Jun

Penyokong elakkan provokasi, calon diseru hadir awal – SPR

Penyokong elakkan provokasi, calon diseru hadir awal – SPR