Isu kemasukan: UM tampil perjelas mekanisme pemilihan pelajar

PUTRAJAYA – Universiti Malaya (UM) menjelaskan pengambilan pelajar baharu ke universiti itu dibuat melalui dua saluran utama, iaitu saringan Unit Pusat Universiti (UPU) dan pengambilan terus secara bersyarat oleh pihak universiti, selepas tempoh rayuan berakhir.

Naib Canselor UM, Prof Datuk Seri Dr Noor Azuan Abu Osman berkata, tawaran terus secara bersyarat itu dibuat berdasarkan sistem pemeringkatan yang sama seperti digunakan oleh UPU, dengan jumlah tempat yang ditawarkan dianggarkan antara 20 hingga 50 orang calon sahaja.

“UM ada satu bentuk pengambilan yang dikenali sebagai saluran terbuka, di mana sekitar 30 hingga 50 calon akan diberikan ‘conditional offer’. Ini bermaksud mereka telah memenuhi syarat kelayakan, namun surat tawaran hanya akan dikeluarkan selepas tempoh rayuan berakhir. Amalan ini merupakan prosedur biasa dalam proses pengambilan pelajar di UM,” katanya dalam satu sidang media khas di Putrajaya.

Menurut beliau, tawaran bersyarat itu bukan diberikan secara automatik dan perlu dimohon oleh calon yang layak. Calon-calon ini akan dinilai serta diperingkatkan mengikut sistem yang sama seperti pemilihan UPU.

“Semasa tempoh rayuan, seramai 30 hingga 50 calon yang menerima conditional offer akan diperingkatkan semula mengikut kaedah penilaian yang sama seperti proses UPU, bagi menentukan calon terbaik. Daripada jumlah itu, mereka yang berjaya akan ditawarkan tempat, dan secara keseluruhan pengambilan boleh mencecah antara 150 hingga 160 orang,” katanya.

Penjelasan itu dibuat susulan aduan seorang pelajar STPM yang mendakwa tidak ditawarkan tempat dalam program perakaunan UM walaupun memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 4.00 serta markah kokurikulum 9.90, menjadikan merit keseluruhan sebanyak 99.90 peratus.

Aduan itu turut mencetuskan dakwaan bahawa jumlah tempat yang ditawarkan UPU untuk program berkenaan tidak sepadan dengan bilangan graduan akhir dari program sama.

Mengulas perkara itu, Prof Noor Azuan menegaskan bahawa jumlah 85 tempat yang dinyatakan sebelum ini bagi program perakaunan UM adalah tepat, seperti dimaklumkan oleh Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Prof Datuk Dr Azlinda Azman.

Menurut beliau, jumlah tersebut merangkumi pelajar lepasan STPM, Matrikulasi, Asasi dan Diploma yang memohon melalui saluran UPU. Selain itu, terdapat juga 28 pelajar daripada kategori ‘feeder’ UM, termasuk lepasan Asasi UM sendiri.

“Jika kita lihat, jumlah 85 itu merujuk kepada pelajar yang diterima melalui UPU, merangkumi calon dari Matrikulasi, STPM, Asasi dan Diploma. Selain itu, terdapat tambahan seramai 28 orang lagi daripada saluran feeder UM,” katanya.

“Ini merupakan amalan biasa yang dibenarkan oleh UPU, di mana UM diberi ruang untuk memilih calon daripada program Asasi, yang mempunyai tahap merit yang setara,” tambah beliau.

Dalam masa sama, beliau menegaskan sistem pengambilan UPU kekal relevan kerana ia mengambil kira pelbagai aspek dan masih berpaksikan dasar meritokrasi.

Related Posts

Sailang kerusi DUN Sungai Udang, bukti UMNO pinggirkan Wawasan

TINDAKAN Barisan Nasional (BN) meletakkan calon di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang dilihat mencabar kedudukan Wawasan yang memberi isyarat bahawa kerusi Parlimen turut akan dirampas UMNO pada Pilihan Raya…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kes Nik Nazmi jadi liabiliti buat 15 calon Bersama di PRN Melaka – Penganalisis

ISU moral yang membabitkan tangkapan khalwat ke atas pemimpin parti Bersama, Nik Nazmi Nik Ahmad baru-baru ini bakal menjadi beban kepada kesemua 15 calon parti itu yang bertanding di Pilihan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Wakil Astro AWANI Pahang meninggal dunia

Wakil Astro AWANI Pahang meninggal dunia

Sailang kerusi DUN Sungai Udang, bukti UMNO pinggirkan Wawasan

Sailang kerusi DUN Sungai Udang, bukti UMNO pinggirkan Wawasan

Kes Nik Nazmi jadi liabiliti buat 15 calon Bersama di PRN Melaka – Penganalisis

Kes Nik Nazmi jadi liabiliti buat 15 calon Bersama di PRN Melaka – Penganalisis

Sejambak Kasih Deepavali santuni 60 individu terima sumbangan RM350 seorang

Sejambak Kasih Deepavali santuni 60 individu terima sumbangan RM350 seorang

PKR tampil tujuh muka baharu, empat calon muda PRN Melaka

PKR tampil tujuh muka baharu, empat calon muda PRN Melaka

Akmal dulu beri AGC dua hari, kini representasi ditolak

Akmal dulu beri AGC dua hari, kini representasi ditolak