Sesi libat urus awam RMK13 di Miri kukuhkan suara rakyat dalam perancangan negara

MIRI – Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) harus berteraskan suara rakyat dengan memberi ruang kepada masyarakat untuk menyuarakan pandangan, cadangan serta keperluan sebenar mereka, demikian kata Ahli Parlimen Miri, Chiew Choon Man ketika menghadiri Sesi Libat Urus Awam RMK13 di Auditorium SM Pei Min, Miri, pagi tadi.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Sesi Libat Urus Awam RMK13 Peringkat Daerah Miri, Sarawak yang dianjurkan oleh Institut Antarabangsa Polisi Awam dan Pengurusan (INPUMA), Universiti Malaya, diketuai Pengarah Eksekutifnya, YBhg Datuk Dr Anis Yusal Yusoff.

“Demokrasi bukan sekadar proses mengundi lima tahun sekali. Demokrasi bermakna rakyat adalah tuan sebenar negara ini. Maka sesi libat urus sebegini menjadi platform penting agar suara rakyat benar-benar didengari dalam menyusun dasar negara,” katanya lagi.

Menurut Chiew, pendekatan bersemuka bersama rakyat yang diambil oleh INPUMA merupakan langkah dinamik dan konstruktif kerana mampu mengumpul input bernilai daripada pelbagai lapisan masyarakat, termasuk belia, persatuan penduduk, badan perniagaan serta pertubuhan masyarakat sivil.

“Penglibatan rakyat memastikan dasar kerajaan mencerminkan aspirasi sebenar masyarakat. Inilah semangat RMK13 yang kita mahu pupuk dalam pembangunan negara yang bukan hanya digerakkan dari atas ke bawah, tetapi turut dibentuk oleh suara rakyat dari bawah ke atas,” tambah beliau.

Chiew turut mengingatkan golongan pelajar bahawa penguasaan dalam mata pelajaran Pengajian Am memberi nilai tambah kepada pemahaman mereka tentang sistem pentadbiran negara serta dasar kerajaan sejak peringkat prauniversiti lagi.

Beliau menzahirkan keyakinan bahawa RMK13 akan menyediakan kesinambungan pembangunan sosioekonomi dan kesejahteraan rakyat, sama ada dari segi pembangunan fizikal mahupun bukan fizikal.

“Kerajaan MADANI sentiasa mendengar nadi rakyat. Maka, usaha libat urus ini perlu dijadikan budaya agar perancangan pembangunan benar-benar memberi manfaat kepada semua,” jelasnya.

Dalam ucapan penutupnya, beliau sekali lagi merakamkan penghargaan kepada Datuk Dr Anis Yusal dan pasukan penyelidik INPUMA kerana memilih Miri sebagai destinasi penting bagi mendapatkan input rakyat Sarawak sebelum ke Kuching pada hari berikutnya.

Beliau merasmikan sesi tersebut sambil menyeru rakyat untuk terus berganding bahu bersama kerajaan merealisasikan pelaksanaan RMK13 demi masa depan negara yang lebih sejahtera.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pengerusi Persatuan Prihatin Sibuti dan Daerah Miri, Puan Zulhaidah Suboh, serta ratusan peserta termasuk pelajar STPM yang didorong untuk berani menyuarakan pendapat mereka mengenai isu awam.

Related Posts

Sekolah di Pahang operasi macam biasa esok

KUANTAN – Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pahang memaklumkan semua sekolah di negeri itu akan beroperasi seperti biasa esok. JPN Pahang dalam kenyataan hari ini berkata, sebarang perubahan akan dimaklumkan dari…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Persenda ayat al-Quran tidak boleh dijadikan bahan polemik politik – TKM P.Pinang

GEORGE TOWN – Tindakan mempersenda ayat suci al-Quran tidak boleh dikompromi dan tidak seharusnya dijadikan bahan sindiran dalam perbezaan pandangan politik. Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Datuk Dr. Mohamad…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Mahfuz gesa Pas berhenti salahkan DAP, jangan heret Trump dalam krisis Negeri Sembilan

Mahfuz gesa Pas berhenti salahkan DAP, jangan heret Trump dalam krisis Negeri Sembilan

Sekolah di Pahang operasi macam biasa esok

Sekolah di Pahang operasi macam biasa esok

Persenda ayat al-Quran tidak boleh dijadikan bahan polemik politik – TKM P.Pinang

Persenda ayat al-Quran tidak boleh dijadikan bahan polemik politik – TKM P.Pinang

Jerebu: Sekolah di tiga daerah Selangor ditutup, dua daerah KL dibuka semula

Jerebu: Sekolah di tiga daerah Selangor ditutup, dua daerah KL dibuka semula

‘Visit Malaysia Hunt & Explore Media Race’ diperluas ke Kinabatangan tahun depan

  • By Fandi
  • October 11, 2026
‘Visit Malaysia Hunt & Explore Media Race’ diperluas ke Kinabatangan tahun depan

Warga emas maut, dua lagi cedera dalam kemalangan di Saratok

Warga emas maut, dua lagi cedera dalam kemalangan di Saratok